Nuffnang Ads

Ahad, 24 November 2013

Bola Sepak : Pasukan ATM FA The Gladiators Musim 2014

Musim 2013 adalah antara musim cemerlang pasukan ATM FA di mana mereka berjaya menamatkan saingan Liga Super di kelompok 6 terbaik selain berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia serta berjaya merangkul kejuaraan Piala Sumbangsih 2013. Musim 2013 merupakan musim pertama pasukan ATM FA di bawah kendalian ketua jurulatih berpengalaman, B.Santhianathan bersaing dalam Liga Super selepas muncul juara Liga Premier 2012. Walaupun kehilangan ramai pemain utama akibat perpindahan, pasukan ATM FA masih berjaya membentuk pasukan yang mantap dengan gandingan pemain tempatan dan 2 pemain import terbaik iaitu penjaring terbanyak Liga Super 2013 dan Piala Malaysia 2013, Marlon Alex James dan Bruno Martelotto.

Bagi musim 2014 akan datang, ATM FA bakal kehilangan beberapa pemain utama seperti Irwan Fazli Idrus, Farizal Harun, Shukor Adan, A.Varanthan dan beberapa pemain lain yang berhijrah ke pasukan-pasukan lain. Sementara itu, bagi memantapkan pasukan mereka musim depan, beberapa pemain utama masih dikekalkan seperti kapten pasukan Hairuddin Omar, pertahanan kental Amirizdwan Taj, Vanice Elphi selain merekrut pemain-pemain baru seperti Syed Adney, Iqbal Suhaimi, Riduan Maon dan Fazli Saari serta beberapa pemain lain.

Pada pandangan bual sukan, pasukan ATM FA pastinya menjadi antara pasukan pilihan untuk muncul pesaing terkuat Liga Malaysia 2014 akan datang. Dengan gabungan taktikal dan strategi yaang mantap, tidak mustahil ATM FA mampu bersaing merebut kejuaraan Liga Super 2014 akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa