Nuffnang Ads

Khamis, 14 November 2013

Bola Sepak : Pasukan Perak Musim 2014

Sepak mula Liga Bola Sepak Malaysia 2014 akan bermula pada bulan Januari 2014 akan datang. Musim Liga Malaysia 2013 merupakan antara musim yang pastinya tidak akan dilupakan oleh pasukan Perak di mana tindakan drastik Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menggantung pasukan Perak berikutan kekalahan memalukan 1-6 kepada pasukan Sarawak dalam saingan Piala Malaysia 2013 lalu. Namun begitu, bagi musim 2014 akan datang, perkara ini seharusnya tidak mengganggu fokus pasukan Perak menghadapi saingan Liga Super 2014. Dalam saingan Liga Super 2013 yang lalu, pasukan Perak sekadar menatkan saingan di kedudukan ketujuh liga.

Bagi menghadapi musim 2014 akan datang, pasukan Perak turut membuat rombakan besar-besaran di mana PAFA telah melantik jurulatih Piala Presiden Perak yang juga merupakan bekas pemain Perak iaitu Abu Bakar Fadzim selaku Ketua Jurulatih Perak. Walaupun dilihat kurang berpengalaman di peringkat tertinggi, namun tidak mustahil beliau mampu mencorakkan pasukan Perak musim akan datang selaku pasukan underdog. 

Pasukan Seladang juga turut melepaskan pemain-pemain utama seperti ketua pasukan musim lalu, Shahrulnizam Mustapha, Shahrom Kalam, Farizal Marlias, Abdul Hadi Yahya, S. Chanturu, Paolo Rangel, Rafael Souza, Rafiuddin Rodin dan beberapa pemain lagi. Pasukan Seladang mengekalkan beberapa pemain musim lalu antaranya Nasir Basharuddin, Noor Hazrul Mustafa, Hisyamuddin Shaari, Yong Koung Yong dan beberapa pemain lagi dan berjaya mendapatkan pemain-pemain baru seperti Hardi Jaafar, Shahrizal Saad, Azmeer Yusof serta dikaitkan dengan ketua pasukan bawah 23 tahun Myanmar Kyaw Zayar Win. 

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Perak pastinya akan memberikan laluan sukar kepada pasukan-pasukan lain dan tidak mustahil mampu melakukan kejutan dalam Liga Malaysia 2014 akan datang. Dengan keupayaan pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda, Perak pastinya akan mencabar kejuaraan Liga Malaysia 2014 akan datang.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa