Nuffnang Ads

Isnin, 25 November 2013

Bola Sepak : Pasukan Sarawak Musim 2014

Pasukan Juara Liga Premier 2013, Sarawak merupakan antara kelompok pasukan terbaik Liga Malaysia musim ini. Selain muncul juara Liga Premier 2013, pasukan Sarawak juga berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selain mara ke peringkat suku akhir Piala FA 2013. Lebih manis lagi, kejayaan membanggakan mereka iaitu muncul satu-satunya pasukan yang berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri sepanjang musim lalu dalam semua perlawanan. Pasukan di bawah kendalian ketua jurulatih berpengalaman Robert Alberts ini pastinya akan meneruskan momentum kejayaan pasukan yang terkenal dengan gelaran "Ngap Sayot" bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia 2014 akan datang. 

Untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang, pasukan Sarawak mengekalkan kebanyakan pemain musim 2013 seperti Mafry Balang, Joseph Kalang Tie, Zamri Morshidi, Ashri Chucu, Junior Eldstal, Sani Anuar Kamsani, Hairol Mokhtar, Ronny Harun, Shahrol Saperi dan beberapa pemain lain selain mengekalkan penyerang import berbisa mereka Muamer Salibasic. Selain itu, bagi memantapkan pasukan mereka musim akan datang, pasukan Sarawak telah menandatangani bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal, S.Chanturu dan Reshafiq Alwi serta beberapa pemain lain dari pasukan-pasukan lain. Musim Liga Malaysia 2014 akan datang, Sarawak akan kehilangan penjaring terbanyak Liga Premier 2013 bagi pasukan Sarawak iaitu Bobby Gonzales yang berhijrah ke pasukan Liga Premier 2014, PDRM FA bagi musim hadapan.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Sarawak pastinya akan menempatkan pasukan mereka di kelompok 5 pasukan terbaik bagi musim Liga Super 2014 akan datang. Pasukan Sarawak juga dijangka mampu mencabar kelompok pasukan-pasukan pilihan seperti juara Liga Super musim lalu, Lions XII, Selangor, Johor Darul Takzim FC, Kelantan serta pasukan-pasukan lain. Tidak mustahil kejutan mampu dilakukan oleh pasukan Sarawak bagi musim akan datang. Berikut ialah senarai pemain Sarawak bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang :

Penjaga Gol:
1 Mohamad Fadzley bin Abdul Rahim (KL DRB Hicom), 18 Aidil bin Mohamed, 22 Sani Anuar bin Kamsani

Pertahanan:

2 Ronny bin Harun, 3 Marwandi bin Zekaria, 4 Mafry bin Balang, 12 Rames a/l Lai Ban Huat, 13 Mohamad Dzulazlan bin Ibrahim, 17 Mohd Hairol bin Mokhtar, 25 Muhammad Dzulfadli bin Awang Marajeh, Gabor Gyepes (32, Hungary, Videoton FC, Hungary)

Tengah:

6 Mohd Lot bin Abu Hassan (Selangor PKNS FC), 7 Zamri bin Morshidi, 8 Reshafiq Alwi (Selangor PKNS FC), 9 Mohamad Rashid bin Mohamed Aya (Johor FA), 11 Ashri bin ChuChu, 15 Putera Nadhe Amarhan Maderner, 16 Mohamad Shahrol bin Saperi, 19 Joseph Kalang Tie, 21 Azizan bin Saperi, 24 Dalglish Papin anak Test


Penyerang:
5 Milorad Janjus (Serbia, SHB Danang FC Vietnam), 10 Muamer Salibasic (Bosnia), 14 Akhmal Rizal bin Ahmad Rakhli (Kedah), 20 Alireza Abbasfard (32, Iran, Rahahan Tehran FC, Iran), 23 Chanturu a/l Suppiah (Perak) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa