Nuffnang Ads

Isnin, 11 November 2013

Bola Sepak : Pasukan Selangor The Red Giants Musim 2014

Musim Liga Bola Sepak Malaysia 2013 telah berakhir di mana juara piala-piala yang dipertandingkan telahpun dinobatkan kepada pasukan yang berjaya. Musim 2013 menyaksikan pasukan Selangor sekadar menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kedua iaitu 3 mata di belakang juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII. Manakala dalam aksi Piala Malaysia 2013, pasukan Selangor gagal melangkah ke suku akhir apabila terkandas di peringkat kumpulan. Kejayaan pasukan Selangor menamatkan saingan di kedudukan kedua melayakkan mereka bermain dalam Kejohanan Piala AFC 2014 akan datang. Bagi musim 2014 akan datang, pasukan Selangor adalah antara pasukan yang giat menjalankan persiapan bagi menghadapi musim Liga Malaysia 2014 akan datang. Persatuan Bola Sepak Selangor telah melantik bekas pemain pertahanan kental mereka satu ketika dahulu iaitu Mehmet Durakovic dari Australia selaku Ketua Jurulatih musim akan datang.

Pasukan Selangor juga telah memancing pemain -pemain baru bagi menghadapi musim akan datang antaranya ialah penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias, Mohd. Shahrom Kalam, Abdul Hadi Yahya (Perak), Mohd. Azmi Muslim, Mohd. Nazri Ahmad (Darul Takzim FC), Mohd. Hamsani Ahmad (Negeri Sembilan), Rizal Fahmi Rosid (Kelantan) serta penyerang Harimau Muda A, A.Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri. Selangor juga berjaya mendapatkan penyerang import berbisa yang mewakili Perak musim lalu, Paolo Rangel bagi mengemudi jentera serangan mereka musim depan. Selain pemain-pemain ini, penyerang kebangsaan Safee Sali juga dikhabarkan bakal menyarung jersi pasukan The Red Giant musim depan. Beberapa pemain musim lalu juga turut dikekalkan antaranya ialah S.Kunalan, K.Gurusamy, S.Veenod, Fitri Syazwan, Syukor Jusoh, Raimi Md. Nor, Bunyamin Omar dan pemain-pemain lain.

Namun begitu, cabaran musim akan datang pastinya lebih getir apabila mereka kehilangan beberapa orang pemain tonggak utama pasukan musim lalu seperti penjaga gol, Norazlan Razali, Asraruddin Putra, Mahali Jasuli dan Amri Yahyah kepada Darul Takzim FC manakala Nasriq Baharom dan K.Solihin kepada Felda United. Selangor juga dikhabarkan berminat untuk mendapatkan semula bekas pemain mereka, Safee Sali selain pemain lincah Indonesia, Andik Vermansyah bagi saingan musim akan datang.

Untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang, Bual Sukan melihat pasukan Selangor antara pasukan pilihan untuk mengungguli Liga Bola Sepak Malaysia 2014 akan datang.   

20 ulasan:

  1. safee sali comfirm main utk the red giant....pastiiiiii......

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tak ada mahali jasuli. pemain kegemaran saya yg berbakat

      Padam
  2. kalau tidak pun selangor akan ambil messi indonesia

    BalasPadam
  3. Kawe bunyi kato ferkidoe maen klate ye kow x???

    BalasPadam
  4. farizal marlias msk selangor...? itu berita yg baik, dan hamsani ahmad juga pernah bermain untk selangor sblm ke N. Sembilan slps itu ke mbali ke selangor :)

    BalasPadam
  5. selangor konfirm juara liga super tahun depan

    BalasPadam
  6. Selangor musim 2014 adalah antara pasukan pilihan untuk juarai Liga Super 2014.. Sama-sama kita nantikan kebangkitan pasukan Selangor musim 2014 akan datang...

    BalasPadam
  7. harap2 messi indonesia masuk ke red giant

    BalasPadam
  8. Selangor boleh thn depan2014

    BalasPadam
  9. Hidup selangor

    BalasPadam
  10. jangan harap selangor nak menang piala musim 2014..

    BalasPadam
  11. Selangor pasti menjadi juara thn hadapan

    BalasPadam
  12. assalamualaikum saya ingin bertanya , macam mana nak masuk bola sepak team selangor , saya memang minat bola sepak, dan saya ingin bantu selangor untuk julang piala musim 2014 ni, kepada sesiapa yang tahu, boleh info kepada , jasa anda amat dihargai , sekian wassalam :)

    BalasPadam
  13. walaupun banyak pemain selangor yang berpengalaman telah berhijrah,selangor akan mengegar liga-M
    musim depan dengan corak permainan ' tiki-taka '..dan juga adenye Andik Vermansyah lagi memantapkan skuad selangor musim depan.

    BalasPadam
  14. Selangor sentiasa terbaik......walau
    Pun pemain senior ramai yg berhijrah......
    Tahun 2014 adalah tahun untuk selangor mencapain misi '33'...

    BalasPadam
  15. Selangor tetap yg trbaik tnpa tonggak utama...selangor boleh !

    BalasPadam
  16. memang mantap Selangor 2014......Dengan kehadiran bekas bek kental Selangor Mehmet Durakovic....sbg Coach....

    BalasPadam
  17. Harap SELANGOR boleh bangkit semula untuk memenangi piala yg bnyk , SELANGOR pasti akan menjadi juara pada tahun ini ... GO SELANGOR GO , RED GIANTS BOLEH !!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  18. Salam..harap jurulatih selangor dapat turunkan Andik pada game FA Cup menentang Sarawak Selasa ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tamil Arassu, Hazwan Bakri juga perlu diturunkan..klau tidak berkarat laaa...pemain pelapis negara..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa