Nuffnang Ads

Jumaat, 1 November 2013

Football : 2014 World Cup Intercontinental Play-Off

Saingan untuk ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 Brazil semakin rancak dengan 21 daripada 32 tempat ke pusingan akhir telah disahkan manakala 11 lagi pasukan akan bersaing dalam penentuan pusingan play-off melibatkan 22 pasukan di mana 4 slot untuk pasukan Eropah, 5 slot untuk pasukan Afrika manakala 2 lagi slot melibatkan saingan antara benua. 4 pasukan yang akan bersaing di peringkat akhir play-off antara benua ialah Mexico (CONCACAF), Uruguay (CONMEBOL), New Zealand (OFC) dan Jordan (AFC). Pasukan Mexico telah diundi bertemu dengan New Zealand manakala pasukan Uruguay pula telah dijadualkan bertemu pasukan Jordan. Pasukan Mexico dan Uruguay pastinya menjadi pasukan pilihan berdasarkan kedudukan ranking yang lebih baik. Namun begitu saingan pasukan Jordan dan New Zealand tidak boleh dipandang mudah kerana kejutan pasti berlaku jika pasukan pilihan ini tidak berwaspada. Jadual perlawanan play-off telah ditetapkan pada 13 dan 20 November 2013 secara timbal balik.



Jordan vs Uruguay


New Zealand vs Mexico

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa