Nuffnang Ads

Isnin, 25 November 2013

Hoki : Senarai Pemain Hoki Malaysia ke Piala Dunia Remaja 2013

Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 akan berlangsung dari 6 hingga 15 Disember 2013 dengan New Delhi, India akan menjadi tuan rumah kejohanan edisi ke-10 ini. 16 pasukan telah melayakkan diri ke kejohanan ini dengan setiap pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir manakala pasukan di tangga ketiga setiap kumpulan akan bersaing merebut tempat ke 7 hingga 12 manakala pasukan di tangga keempat setiap kumpulan pula akan bersaing merebut tempat ke 13 hingga 16. 

Untuk kejohanan kali ini, Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) serta ketua jurulatih pasukan remaja negara, Dharma Raj Abdullah meletakkan sasaran untuk mara ke pusingan suku akhir atau 8 pasukan terbaik. Pasukan negara diundi dalam Kumpulan D bersama-sama dengan pasukan Afrika Selatan, England dan New Zealand. Pasukan remaja negara dijadualkan membuka tirai perlawanan dengan menentang New Zealand pada 6 Disember diikuti dengan menentang pasukan Afrika Selatan (8 Disember) dan menutup tirai perlawanan Kumpulan D dengan menentang pasukan England (9 Disember).

Pasukan hoki remaja negara akan diketuai oleh pemain berpengalaman iaitu Mohd. Fitri Saari selaku ketua pasukan. Berikut adalah senarai pendek 18 pemain remaja negara yang akan menggalas cabaran pasukan Malaysia ke Kejohanan Piala Dunia Remaja 2013 akan datang :       

1. Muhammad Hafizuddin Othman
2. Mohd Zulhairi Hashim
3. Joel Samuel van Huizen
4. Mohd Nor Aqmal Abdul Gaffar 
5. Muhammad Hafiz Zainol
6. Mohd Fitri Saari (Ketua Pasukan)
7. Meor Muhammad Azuan Hassan
8. Shazril Irwan Nazli
9. Muhammad Firhan Ashaari
10. Muhammad Rashid Baharom
11. Mohamad Syamim Mohd Yusof
12. Muhammad Haziq Samsul
13. Muhammad Shahril Saabah
14. Muhammad Hazrul Faiz Ahmad Sobri
15. Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin
16. Kavin Kartik Govindasamy
17. Muhammad Azri Hassan,
18. Faiz Helmi Jali

Bual Sukan percaya pasukan remaja negara mampu untuk melakar kejutan dalam kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 akan datang jika segala perancangan strategi dan taktikal yang diatur berjaya diterapkan dalam kejohanan ini. Semoga perjuangan pasukan remaja negara membuahkan kejayaan manis kepada persada sukan tanahair.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa