Nuffnang Ads

Selasa, 10 Disember 2013

Badminton : BWF World Superseries Finals 2013

Kejohanan Akhir Badminton BWF Siri Super 2013 dijadualkan berlangsung pada 11 - 15 Disember 2013 di Kuala Lumpur. Kejohanan tahun ini merupakan kejohanan buat kali ke 6 setelah diadakan bermula tahun 2008. Kejohanan ini melibatkan saingan 8 pemain terbaik dunia yang mengumpul mata tertinggi sepanjang Kejohanan BWF Siri Super 2013. 8 pemain ini dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana 2 pemain yang menduduki carta teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir kejohanan BWF Siri Super 2013.
 
Seperti biasa, wakil negara iaitu Datuk Lee Chong Wei pastinya menjadi pilihan untuk menjuarai perseorangan lelaki manakala bagi kategori perseorangan wanita, bergu wanita dan bergu campuran kelebihan dilihat kepada pemain-pemain dari China. dalam bergu lelaki, pilihan pastinya dilihat kepada gandingan Indonesia, Korea Selatan dan Denmark untuk muncul juara kejohanan ini. Namun begitu, saingan pemain-pemain lain juga tidak boleh dipandang mudah kerana kejutan besar boleh berlaku pada kejohanan ini. Berikut adalah undian setiap kategori yang dipertandingkan : 

Perseorangan Lelaki :

Kumpulan A :
Lee Chong Wei (Malaysia)
Jan O Jorgensen (Denmark)
Boonsak Ponsana (Thailand)
Wang Zhengming (China)

Kumpulan B :
Kenichi Tago (Jepun)
Tommy Sugiarto (Indonesia)
Hu Yun (Hong Kong)
Sony Dwi Kuncoro (Indonesia)

Perseorangan Wanita :

Kumpulan A :
Wang Shixian (China)
Porntip Buranaprasertsuk (Thailand)
Sung Ji Hyun (Korea Selatan)
Tai Tzu Ying (Taiwan)

Kumpulan B :
Saina Nehwal (India)
Bae Yeon Ju (Korea Selatan)
Minatsu Mitani (Jepun)
Li Xuerui (China)

Bergu Lelaki :

Kumpulan A :
Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan (Indonesia)
Liu Xiaolong/Qiu Zihan (China)
Hoon Thien How/Tan Wee Kiong (Malaysia)
Kim Ki Jung/Kim Sa Rang (Korea Selatan)
 
Kumpulan B :
Hiroyuki Endo/Kenichi Hayakawa (Jepun)
Ko Sung Hyun/Lee Yong Dae (Korea Selatan)
Hirokatsu Hashimoto/Noriyasu Hirata (Jepun)
Mathias Boe/Carsten Mogensen (Denmark)

Bergu Wanita :

Kumpulan A :
Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (Jepun)
Ma Jin/Tang Jinhua (China)
Jang Ye-Na/Kim So Young (Korea Selatan)
Pia Zabedah Bernadeth/Rizki Amelia Pradipta (Indonesia)

Kumpulan B :
Wang Xiaoli/Yu Yang (China)
Christinna Pedersen/Kamilla Rytter Juhl (Denmark)
Reika Kakiiwa/Miyuki Maeda (Jepun)
Duanganong Aroonkesorn/Kunchala Voravitchitchaikul (Thailand)

Bergu Campuran :

Kumpulan A :
Zhang Nan/Zhao Yunlei (China)
Chris Adcock/Gabrielle Adcock (England)
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (Malaysia)
Markis Kido/Pia Zabedah Bernadeth (Indonesia)

Kumpulan B :
Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir (Indonesia)
Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen (Denmark)
Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam (Thailand)
Xu Chen/Ma Jin (China)  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa