Nuffnang Ads

Isnin, 16 Disember 2013

Badminton : BWF World Superseries Finals 2013 Winners

Kejohanan Akhir Badminton BWF Siri Super 2013 telahpun berlangsung  di Stadium Badminton Kuala Lumpur bermula pada 11 - 15 Disember 2013 yang lalu. Kejohanan tahun ini merupakan kejohanan buat kali ke 6 setelah diadakan sejak tahun 2008. Kejohanan yang mengumpulkan 8 pemain yang mengumpul mata tertinggi dalam Kejohanan-Kejohanan Badminton BWF Siri Super sepanjang tahun 2013. 

Seperti dijangka, pemain nombor 1 dunia Dato' Lee Chong Wei sekali lagi mengungguli perseorangan lelaki buat kali keempat setelah memenanginya pada tahun 2008, 2009 dan 2010 menewaskan pemain berbakat Indonesia Tommy Sugiarto dalam pertarungan 2 set. Dalam perseorangan wanita pula, pemain China yang juga pemain nombor 1 dunia, Li Xuerui mudah menewaskan lawannya dari Taiwan, Tai Tzu Ying juga dengan 2 set. Perlawanan akhir bergu lelaki menyaksikan pasangan juara dunia 2013 dari Indonesia, Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan menumbangkan gandingan Korea Selatan Kim Ki Jung/Kim Sa Rang juga dengan 2 set. Kejutan berlaku apabila pasangan bergu wanita dan bergu campuran Denmark menewaskan pasangan pilihan masing-masing dari China. Gandingan Christinna Pedersen/Kamilla Rytter Juhl menewaskan gandingan Ma Jin/Tang Jinhua dengan 2 set manakala pasangan Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen mengejutkan gandingan Zhang Nan/Zhao Yunlei. 

Bual Sukan berpandangan. kejohanan Badminton BWF Siri Super 2014 pastinya menjanjikan saingan sengit apatah lagi perseorangan utama China seperti Lin Dan dan Cheng Long mungkin bakal kembali beraksi untuk kejohanan-kejohanan utama akan datang. Berikut adalah keputusan perlawanan akhir  Kejohanan Akhir Badminton BWF Siri Super 2013 yang lalu :

Perseorangan Lelaki :
Lee Chong Wei (Malaysia) lwn Tommy Sugiarto (Indonesia) - 21/10 ; 21/12
 
Perseorangan Wanita :
Li Xuerui (China) lwn Tai Tzu Ying (Taiwan) - 21/8 ; 21/14
  
Bergu Lelaki :
Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan (Indonesia) lwn Kim Ki Jung/Kim Sa Rang (Korea Selatan) - 21/14 ; 21/16

Bergu Wanita :
Christinna Pedersen/Kamilla Rytter Juhl (Denmark) lwn Ma Jin/Tang Jinhua (China) - 21/19 ; 21/12 
 
Bergu Campuran :   
Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen (Denmark) lwn Zhang Nan/Zhao Yunlei (China) 12/21 ; 21/19 ; 21/10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa