Nuffnang Ads

Selasa, 31 Disember 2013

Bola Sepak : Pasukan Kedah Musim 2014

Musim baru Liga Bola Sepak Malaysia akan bermula tidak lama lagi dengan setiap pasukan masing-masing mempersiapkan barisan terbaik menghadapi saingan musim baru 2014. Pasukan Kedah tidak terkecuali apabila pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah atau KAFA melantik bekas pemain import Selangor, Dave Mitchell selaku Ketua Jurulatih baru pasukan Sang Kenari. Pelantikan ini pastinya menunjukkan betapa bersungguh-sungguhnya pasukan Kedah untuk kembali ke saingan Liga Super 2015 akan datang. 

Bagi musim 2014 akan datang, pasukan Kedah mengekalkan sebahagian besar pemain musim lalu seperti ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar, Khairil Muhymeen Zambri, Abd. Hadi Abd. Hamid, Fazliata Taib, Khairul Helmi Johari serta beberapa pemain lain. Bagi memperkuatkan pasukan, pasukan Kedah juga tidak ketinggalan mengambil 4 pemain import iaitu bekas pemain pertahanan Selangor dari Australia, Adam Griffiths, Adriano Pellegrino (Australia), Billy Osman Mehmet (England) dan Jose Franco Gomez (Sepanyol). 

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Kedah merupakan antara pasukan pilihan untuk muncul antara 2 pasukan yang akan naik ke Liga Super 2015. Dengan percaturan stategi dan taktikal pasukan serta gabungan mantap pemain-pemain tempatan dan import, tidak mustahil Kedah boleh muncul selaku juara Liga Premier 2014 akan datang. Berikut adalah senarai pemain Kedah yang bakal menggalas cabaran untuk Musim Liga Malaysia 2014 akan datang :  

Penjaga Gol 
Abd Hadi Abd Hamid, Saiful Amar Sudar, Muhaimin Mohamad



Pertahanan
Muhammad Syazwan Tajuddin, Osman Yusof, Adam Griffiths (Australia), Mohd Fazliata Taib, Azmizi Azmi, Mohd Fariss Azlan Mat Isa, Mohd Ridzuan Rumlee, Jose Franco Gomez (Spain), Shafizan Hashim, Muhammad Fiqkry Mat Isa, Mohd Shahrul Ezrain Shamsuddin, Khairul Helmi Johari



Tengah
Mohd Hanif Matdzahir, Baddrol Bakhtiar, Zuraindey Jumai, Wan Mohd Syukri Wan Ahmad, Adriano Pellegrino (Australia)



Penyerang
Muhammad Syafiq Ahmad, Mohamad Syamim Alif Mohd Sobri, Mohd Rizal Ghazali, Khyril Muhymeen Zambri, Mohd Faizal Abu Bakar, Billy Osman Mehmet (England), Mohd Syazwan Zainon

6 ulasan:

  1. pulun kedah pulun....

    BalasPadam
  2. pasti mantapnya

    BalasPadam
  3. Kedah hebat

    BalasPadam
  4. Inilah masanya untuk kedah tebus piala malaysia 2014

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa