Nuffnang Ads

Isnin, 30 Disember 2013

Bola Sepak : Pasukan Negeri Sembilan Musim 2014

Tahun 2013 pastinya menjadi musim yang suram bagi bola sepak Negeri Sembilan di mana mereka tercicir dari saingan Liga Super 2014 setelah menamatkan aksi liga di kedudukan tercorot. Musim 2014, pasukan Negeri Sembilan akan bersaing dalam Liga Premier di mana mereka pastinya ingin kembali bangkit setelah mengalami kemerosotan prestasi musim 2013. Keazaman untuk kembali ke saingan Liga Super 2015 pastinya menjadi motivasi tinggi apabila Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) melantik bekas Ketua Jurulatih pasukan Singapore Lions XII, V.Sundramoorthy membimbing pasukan mereka musim 2014. Kewibawaan V.Sundramoorthy tidak boleh dipertikaikan lagi apabila membawa pasukan Singapore Lions XII muncul juara Liga super 2013 selain muncul naib juara Liga Super 2012.

Pasukan Negeri Sembilan pastinya menagih kepakaran V.Sundramoorthy untuk membawa kembali kegemilangan bola sepak Negeri Sembilan. Kesungguhan itu dapat dilihat apabila bekas penyerang berbisa mereka, Jean Emmanuel Effa Owana kembali ke pangkuan pasukan Negeri Sembilan selain 3 lagi pemain import berwibawa iaitu Kim Jin Ryoung dari Korea Selatan, Jean Marc Alexandre (Haiti) dan Josep Kaplan (Slovakia). Selain mengekalkan beberapa pemain musim lalu seperti Norhafiz Zamani Misbah, Eddy Helmi Manan, Fauzi Nan, S.Sivanesan, Firdaus Azizul, Tengku Qayyum dan pemain-pemain lain, Negeri Sembilan turut menandatangani pemain-pemain tempatan berkualiti seperti K.Nanthakumar, M.Sivanesan, Sumardi Hajalan, Nizam Bakar bagi memperkuatkan pasukan mereka musim depan.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Negeri Sembilan pastinya menjadi antara pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan Liga Premier 2014 akan datang. Namun saingan 12 lagi pasukan juga pastinya sengit. Berikut adalah senarai pemain Negeri Sembilan untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang :      

Penjaga Gol
1 Mohammad Yaim bin Abdullah, 21 Mohd Kaharuddin bin Abdul Rahman, 22 Badrulzaman bin Abdul Halim


Pertahanan
2 Fauzi bin Nan, 3 Tengku Qayyum Ubaidillah bin Tengku Ahmad, 4 Jean Marc Alexandre, 6 Mohd Radzuan bin Abdullah, 15 Kim Jin Ryoung, 17 Mohd Alif bin Samsudin, 18 Muszaki bin Abu Bakar, 20 Mohd Dzaiddin bin Zainuddin, 23 Mohd Nizam bin Bakar, 24 Sumardi bin Hajalan, 26 Zulfaizham bin Kamis


Tengah
5 Norhafiz Zamani bin Misbah, 8 Abdul Halim bin Zainal, 9 Eddy Helmi bin Manan, 12 G. Puaneswaran, 13 K. Nanthakumar, 14 V. Kayichelvan, 16 S. Sivanesan, 19 M. Sivakumar


Penyerang

7 Mohd Firdaus bin Azizul, 10 Effa Owona Jean Emmanuel, 11 Mohd Shoufiq bin Mohamad Kusiani, 25 Josep Kaplan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa