Nuffnang Ads

Rabu, 4 Disember 2013

Bola Sepak : Pasukan Pahang The Elephant Musim 2014

Juara Piala Malaysia 2013, Pahang kini sedang giat menjalankan persiapan menghadapi musim Liga Super 2014 akan datang. Walaupun persiapan mereka sedikit sebanyak terjejas kerana Ketua Jurulatih musim lalu Dollah Salleh berhijrah ke pasukan PDRM FA, pasukan Pahang telah melantik Roland Smith dari Australia untuk tempoh 3 bulan sebelum mengumumkan bakal Ketua Jurulatih baru mereka musim 2014. Pasukan Tok Gajah bakal membuka saingan dengan menentang pasukan juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2014 di stadium keramat mereka pada 17 Januari 2014.  

Pasukan Pahang musim akan datang mengekalkan sebahagian besar pemain-pemain utama musim lalu seperti Azamuddin Akil, Azidan Sarudin, Rozman Roslan, Khairul Azhan, R.Gopinathan, R.Surendran dan pemain-pemain lain dikekalkan. Dengan 2 pemain import musim lalu iaitu Damion Stewart dan Matias Conti turut dikekalkan di samping tambahan 2 pemain import baru iaitu bekas penyerang Kelantan musim lalu, Dickson Nwakaeme dan bekas pemain Fulham dan QPR dari Pakistan, Zesh Rahman. Pasukan Pahang dilihat antara pasukan yang mampu mencabar kejuaraan Liga Super 2014 akan datang.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Tok Gajah mampu mendatangkan gerun kepada pasukan-pasukan lain dan tidak mustahil mereka mampu menamatkan saingan di kelompok 3 pasukan terbaik Liga Super 2014 akan datang. Saingan Liga Super 2014 juga pastinya bakal menyaksikan pertarungan sengit setiap pasukan bagi mencabar kejuaraan akan datang. Berikut adalah senarai pemain Pahang untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang :

Penjaga Gol:
1 Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, 23 Mohd Nasril Mat Nourdin, 22 Muhammad Saufi Mohd

Pertahanan:

2 Jalaluddin Abu Jaafar, 3 Mohd Saiful Nizam Miswan, 4 Damion Delano Stewart, 6 Zesh Rahman, 13 Mohd Razman Roslan, 14 Mohd Faisal Mohd Rosli, 16 Mohd Hazri Rozali, 17 Mohd Zaiza Zainal Abidin, 18 Muhammmad Syawal Norsam, 20 Mohd Shahrizan Mohd Salleh

Tengah:

7 R. Surendren, 8 Azidan Sarudin, 11 Mohd Faizol Hussain, 15 Abdul Malik Mat Ariff, 21 Mohd Hafiz Kamal, 24 R. Gopinathan


Penyerang:
9 Matias Ruben Conti, 10 Dickson Nakaeme, 12 Azamuddin Mohd Akil, 19 Mohd Fauzi Roslan   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa