Nuffnang Ads

Isnin, 30 Disember 2013

Bola Sepak : Pasukan Sime Darby FC Musim 2014

Musim 2013 merupakan antara musim terbaik pasukan KL Sime Darby FC di bawah bimbingan ketua jurulatih Ismail Zakaria di mana mereka berjaya naik ke saingan Liga Super 2014 dengan menamatkan saingan Liga Premier 2013 di tempat kedua selain kejayaan mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2013 yang lalu. Kejayaan ini merupakan kejayaan yang amat membanggakan bagi sebuah pasukan berstatus kelab.

Bagi saingan Liga Malaysia 2014 akan datang, pasukan KL Sime Darby FC mengekalkan kebanyakan pemain musim lalu selain memperkuatkan barisan pemain import berkualaiti seperti Willian Mensah dan Wisdom Agblexo dari Ghana, Dilshod Sharofetdimov dari Uzbekistan dan Mahmoud al-Amna dari Syria. Kehilangan penyerang prolifik serta penjaring terbanyak mereka musim lalu, Karlo Primorac dari Croatia kepada pasukan PKNS FC pastinya akan ditampung oleh pemain kebangsaan Ghana Wisdom Agblexo. 

Pada pandangan Bual Sukan, KL Sime Darby FC pastinya akan memberikan saingan sukar kepada pasukan-pasukan lain dan tidak mustahil mereka mampu menamatkan saingan Liga Super 2014 di kelompok 6 pasukan terbaik. Berikut adalah senarai pemain pasukan KL Sime Darby FC musim 2014 akan datang :   

Penjaga Gol : 
1 Kamarul Effandi Abdul Rahim, 22 Mohd Sufian Abdul Rahman, 25 Mohd Redzuan Harun, 29 Mohd Hafiz Abu Bakar

Pertahanan :

4 Wlliam Mensah (Ghana), 5 Mohd Arif Ismail, 6 Mohd Fairuz Abdul Aziz, 15 Yosri Derma Raju, 18 Juzaili Samion (Capt), 19 Mohd Firdaus Faudzi, 21 Prabakaran a/l Kanadasan, 23 Mohd Farid Kamil, 32 Mohd Nasriq Yahaya, 33 Haziq Fuad, 35 Mohd Rafiq Shah

Tengah :

2 Azmirul Azmi, 3 Rafizi Hamdan, 7 Fahrul Razi Kamaruddin, 8 Shukur Saidin, 9 Dilshod Sharofetdimov (Uzbekistan), 13 Mohd Asrol Ibrahim, 14 Mahmoud Al-Amna (Syria), 16 Fazrul Hazli Kadri, 20 Mohd Fadzli Saari, 28 Dzulfahmi Abdul Hadi, 31 Syed Ariff Syed Uzir, 27 Areff Kamaruddin

Penyerang :

5 Failee Ghazli, 10 Wisdom Agblexo (Ghana), 11 Muhd Izuan Salahuddin, 17 Farderin Kadir, 24 Mohd Shafiq Jamal, 34 Nazrul Kamaruzaman, 36 Asnan Awal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa