Nuffnang Ads

Jumaat, 20 Disember 2013

Bola Sepak : Pasukan Singapore Lions XII Musim 2014

Juara bertahan Liga Super 2013, Lions XII sekali lagi akan bersaing dalam Liga Malaysia 2014 akan datang dengan menampilkan persembahan cemerlang sejak menyertai Liga Malaysia selaku pasukan jemputan pada tahun 2012. Setelah menamatkan saingan Liga Malaysia 2012 selaku naib juara Liga Super di belakang Kelantan, pasukan Lions XII tidak lagi menoleh ke belakang apabila berjaya mengejutkan pasukan-pasukan pilihan untuk muncul juara Liga Super 2013 di bawah bimbingan jurulatih V.Sundramoorthy.

Bagi saingan Liga Malaysia 2014 akan datang, bekas ketua jurulatih Johor Darul Takzim FC dan juga bekas pemain kebangsaan Singapura, Fandi Ahmad akan membimbing pasukan Lions XII setelah V.Sundramoorthy berhijrah ke pasukan Liga Premier 2014, Negeri Sembilan. Untuk musim Liga Malaysia 2014, Lions XII kehilangan beberapa pemain berpengaruh antaranya Ketua Pasukan, Shahril Ishak, pemain pertahanan terbaik Liga Malaysia 2014, Baihaki Khaizan dan Ketua Pasukan Bola Sepak Sukan SEA ke 27 iaitu Haris Harun yang berhijrah ke pasukan Johor Darul Takzim FC dan Johor untuk musim akan datang. Namun begitu, kebanyakan pemain musim lalu terus bersama pasukan Lions XII di samping tambahan beberapa pemain baru.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Lions XII pastinya akan memberikan permainan mantap dalam usaha mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka musim lalu dan tidak mustahil mereka mampu mempertahankan kejuaraan Liga Super 2014 akan datang. Berikut adalah senarai nama pemain pasukan Lions XII dalam menghadapi Liga Malaysia 2014 akan datang :         


Penjaga Gol : Mohamad Izwan Bin Mahbud, Muhammad Khairulhin Bin Mohd Khalid, Abdul Qadir Bin Mohd Yusoff

Pertahanan : Muhammad Shakir Bin Hamzah, Mohammad Afiq Bin Yunos, Madhu M Mohana, Mohammad Faritz Bin Abdul Hameed, Muhammad Raihan Bin Abdul Rahman, Muhammad Safuwan Bin Baharudin, Ong Yu Min Emmeric

Pemain Tengah : Mohammad Isa Bin Abdul Halim, Gabriel Quak Jun Yi, Muhammad Hafiz Bin Abu Sujad, Muhammad Nazrul Bin Ahmad Nazari, Muhammad Aqhari Bin Abdullah, Muhammad Faris Bin Ramli, Ignatius Ang Yu Heng, Muhammad Zulfahmi Bin Mohd Arifin, Samuel Benjamin S/O Nadarajah

Penyerang : Muhammad Syafiq Bin Mohamed Zainal, Muhammad Khairul Nizam Bin Mohammad Kamal, Muhammad Sufian Bin Anuar, Mohammad Khairul Amri Bin Mohammad Kamal, Muhammad Shahfiq Bin Ghani

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa