Nuffnang Ads

Isnin, 30 Disember 2013

Bola Sepak : Pasukan T-Team The Titans Musim 2014

Sepak mula musim baru Liga Malaysia 2014 akan bermula tidak lama lagi dengan saingan musim 2014 dijangka sengit dan mendebarkan. Setiap pasukan dibenarkan mengambil 4 pemain import menjadikan saingan Liga Malaysia 2014 amat menarik. Pasukan berstatus kelab dari Terengganu, T-Team atau nama gelaran mereka The Titans tidak terkecuali mempersiapkan pasukan terkuat bagi mengharungi saingan musim 2014.

Pelantikan ketua jurulatih baru iaitu Mohd. Azraai Khor Abdullah iaitu bekas Ketua Jurulatih pasukan Perak, Negeri Sembilan dan Kedah dilihat sebagai salah satu usaha pasukan T-Team mengembalikan kegemilangan mereka di mana pada musim lalu merupakan antara musim yang mengecewakan bukan sahaja kepada keseluruhan pasukan malah kepada peminat-peminat pasukan mereka. Musim 2013, T-Team menamatkan saingan di tangga ke 10 Liga Super selain gagal ke suku akhir saingan Piala Malaysia 2013. 

Bagi menghadapi musim 2014 akan datang, pasukan T-Team bakal menggunakan 4 pemain import iaitu 2 import dari Brazil iaitu Fabio Flor dan Evaldo Goncalves , bekas pemain import Kedah dari Chile Nelson Sam Martin dan penyerang dari Indonesia Patrich Wanggai. Selain itu juga, pemain-pemain tempatan seperti Marzuki Yusof, Faizal Muhammad, Khairul Ezuan Razali, Suhardy Alby dan pemain-pemain tempatan lain akan turut bersama-sama menggalas cabaran Liga Malaysia 2014 akan datang.

Pada pandangan Bual Sukan, cabaran pasukan T-Team ini tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan-pasukan lain kerana dengan perancangan strategi dan taktikal barisan kejurulatihan serta gabungan mantap setiap pemain tidak mustahil The Titans bakal mencabar untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang. Berikut adalah senarai pemain pasukan T-Team bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang : 

Penjaga Gol: 
1 Suhardy bin Alby, 22 Wan Azrai bin Wan Teh (Terengganu), 25 Mohd Shahril bin Sa'ari (Sabah)

Pertahanan: 

2 Muhamad Hazwan bin Rahman, (Harimau Muda A), 3 Mohd Faizal bin Muhamad (Terengganu), 4 Fabio Flor De Azevedo (Brazil, Busaiteen Club), 6 Shahril Faizal bin Ahmad Shariffudin (Sabah), 13 Md Hassan Basri bin Ahmad Ridzuan, 17 Mohd Marzuki bin Yusof, 19 Muhammad Irfan bin Abdul Ghani (Darul Takzim FC), 23 Mohd Nuraliff bin Zainal Abidin

Tengah: 

5 Mohamad Hasbullah bin Awang, 10 Nelson Marcelo San Martín Arriagada (Chile, Kedah), 11 Alto bin Linus (Sabah), 12 Khairan Ezuan bin Razali (Terengganu), 14 Mohd Badrul Hisham bin Morris, 15 Muhammad Hafizan bin Talib, 16 Samsul Kamal bin Mohamad (Terengganu), 21 Azrul Hazran bin Amiludin Baki

Penyerang: 

7 Azlan bin Ismail (Perak), 8 Petrich Steev Wanggai (Indonesia), 9 Muhamad Muinuddin bin Mokhtar, 18 Hattaphon a/l Bun An (Kedah), 20 Mohd Nizab bin Ayub (Felda United), 24 Muhammad Ramzul Zahini bin Adenan (Selangor), Evaldo Goncalves (32, Brazil)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa