Nuffnang Ads

Khamis, 5 Disember 2013

Bola Sepak : Senarai Pemain Harimau Muda A ke Sukan Sea 2013

Pasukan Harimau Muda A di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee selaku juara bertahan yang juga pemenang pingat emas untuk 2 edisi Sukan SEA yang lalu telah menyenaraikan 20 pemain diketuai oleh ketua pasukan, Irfan Fazail. Namun begitu, persiapan pasukan negara sedikit terencat apabila ramai pemain tidak dapat beraksi akibat kecederaan yang dialami antaranya Wan Zack Haikal, Junior Eldstal, Wan Zaharulnizam, Syahrul Azwari, Fandi Othman, Nik Shahrul Azim serta beberapa pemain lain.

Pasukan negara diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan pasukan Brunei, Filipina, Laos, Singapura dan Vietnam. Namun begitu pasukan Filipina telah menarik diri dalam acara bolasepak. Malaysia akan membuka tirai perlawanan dengan menentang pasukan Brunei (10 Disember), Laos (13 Disember), Singapura (15 Disember) dan menutup aksi Kumpulan A dengan menentang Vietnam (17 Disember). Mampukah anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee menjelmakan aksi menarik dalam mempertahankan ibu segala pingat emas ini buat kali ketiga-tiga berturut-turut. Bual Sukan berpandangan, pasukan negara mampu menjelmakan aksi terbaik seterusnya merangkul pingat emas.

Berikut adalah senarai 20 pemain yang bakal menggalas cabaran pasukan negara dalam mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar :


Penjaga Gol : 
Izham Tarmizi Roslan, Mohd Farhan Abu Bakar

Pertahanan : 
Shahrul Mohd Saad, D. Kenny Pallraj, Fadhli Shas, K.Reuben, Mohd. Zubir Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Wan Ahmad Amirzafran, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham

Tengah : 
Irfan Fazail (Ketua Pasukan), Mohd. Nazmi Faiz Mansor, Ashri Chucu, S.Sivanesan, D. Saarvindran, Nasir Basharuddin   

Penyerang : 
A. Thamil Arasu, Rozaimi Abd Rahman, Ahmad Hazwan Bakri, Izzaq Faris Ramlan

4 ulasan:

  1. tahniah harimau malaya layak ke separuh akhir.
    tapi byk yg perlu diperbaiki,
    ramai pertahanan malaysia tidak melompat untuk menghalang sepakan percuma vietnam. mujur 3 tersasar dan 1 tendangan tepat dan bahaya ditepis penjaga gol malaysia.
    pemain pertahanan perlu lebih agresif mengekang serangan lawan terutamanya {fadli shas}. malaysia bernasib baik kerana penjaga gol nya cekap. harap penjaga gol treus beraksi seperti ini dan jangan melakukan kesilapan.
    harus diingat malaysia tewas 1-0 pada finall sukan sea di stadium shah alam 10 tahun lepas kerana kesilapan penjaga gol. terus berjuang harimau malaya, win the medal for u country n your life. u will never walk alone. i love u all.

    BalasPadam
  2. berjuang kah malaysia. malaysia boleh......

    BalasPadam
  3. Taniah kpda psukan harimau muda kerana mmpu ke separuh akhir walaupun kalah..tdak mgapa..pemainan harus diperbaiki dibahagian hadapan dan tengah..serta pnjga gol ..hrus diperbaiki supaya kita dpat serangan yg lbih tajam..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa