Nuffnang Ads

Jumaat, 20 Disember 2013

Bola Sepak : Separuh Akhir Piala Liga Inggeris 2013

Saingan Piala Liga Inggeris atau Capital One Cup 2013 telah menamatkan saingan suku akhir dengan 4 pasukan meneruskan kemaraan ke saingan separuh akhir. Seperti dijangka, 2 kelab Manchester iaitu Manchester United dan Manchester City berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir apabila masing-masing berjaya menewaskan pasukan Stoke City dan Leicester City manakala 2 lagi pasukan pilihan iaitu Chelsea dan Tottenham Hotspur ditunjukkan jalan keluar apabila tewas kepada pasukan Sunderland dan West Ham United. 

Pada peringkat separuh akhir akan datang, Manchester United dijadualkan menentang Sunderland manakala Manchester City pula bakal bertemu pasukan West Ham United dalam saingan timbal balik. Pusingan pertama separuh akhir akan berlangsung pada 6 Januari 2014 manakala pusingan kedua separuh akhir dijadualkan berlangsung pada 20 Januari 2014. Pemenang kedua-dua separuh akhir ini dijadualkan bertemu di perlawanan akhir pada 2 Mac 2014. Ramai berpandangan bahawa 2 kelab Manchester akan bertemu di pentas perlawanan akhir namun begitu Bual Sukan berpandangan tidak mustahil akan berlaku kejutan jika pasukan pilihan menunjukkan aksi tidak bertenaga dan longlai menentang pasukan Sunderland dan West Ham United.

SEPARUH AKHIR 1 (6 Januari 2014)


Sunderland vs Manchester United


Manchester City vs West Ham United

SEPARUH AKHIR 2 (20 Januari 2014)


 Manchester United vs Sunderland


West Ham United vs Manchester City  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa