Nuffnang Ads

Selasa, 31 Disember 2013

Bual Sukan : Cabaran Sukan Malaysia 2014

Lembaran tahun 2013 semakin ke penghujungnya dengan 2014 pastinya menanti cabaran yang lebih getir bagi persatuan sukan dan atlet-atlet negara. Cabaran sukan negara bagi tahun 2013 banyak mencatatkan peristiwa manis dan muram dalam sukan negara. Seperti tahun-tahun terdahulu, atlet-atlet negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Pandelela Rinong, Leong Mun Yee dan beberapa atlet lain dari sukan karate, wusyu, hoki, boling dan sukan-sukan lain terus menyumbang kejayaan dan mengharumkan nama negara di persada sukan masing-masing.

Cabaran tahun 2014 pastinya lebih mencabar lagi dengan beberapa kejohanan sukan terbesar melibatkan kontijen negara akan berlangsung. Antaranya ialah Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, Piala Thomas dan Uber di New Delhi, India, Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di Belanda dan beberapa kejohanan dunia yang lain akan berlangsung.

Bagi mengharungi tahun 2014 yang semakin mencabar, pastinya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah kepimpinan Encik Khairy Jamaluddin bersama-sama badan-badan induk sukan tanah air serta persatuan-persatuan sukan merangka pelan terbaik bagi memastikan kejayaan setiap sukan yang disertai oleh atlet dan kontijen negara. 

Bual Sukan berpandangan, atlet negara pastinya akan memberikan komitmen serta mencurahkan keringat ke tahap yang terbaik bagi mengahrumkan nama negara di persada sukan dunia. Semoga berjaya kepada atlet dan pasukan negara. Majulah Sukan untuk Negara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa