Nuffnang Ads

Rabu, 11 Disember 2013

Football : AFC Cup 2014

Undian peringkat kumpulan bagi Piala AFC 2014 telah dilangsungkan di rumah kelab AFC di Kuala Lumpur pada 10 Disember 2013 yang lalu. Kejohanan Piala AFC 2014 akan datang menyaksikan 32 pasukan akan bersaing merebut kejuaraan di mana 30 pasukan telah mengesahkan penyertaan manakala 2 lagi pasukan ditentukan dalam saingan play-off melibatkan pertembungan kelab Ravshan Kulob dari Tajikistan bertemu kelab Yemen Al-Yarmuk Al-Rawda manakala 1 pasukan lagi ditentukan antara kelab Alay Osh dari Kyrgyzstan bertemu kelab Shabab Al-Dhahiriya dari Palestin. 32 pasukan ini dibahagikan kepada 8 kumpulan di mana 2 pasukan teratas akan mara ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Pasukan Naib Juara Liga Super 2013, Selangor akan mewakili pasukan Malaysia bersama-sama dengan pasukan juara Piala FA 2013, Kelantan. Berikut adalah keputusan undian Kejohanan Piala AFC 2014 akan datang :

Kumpulan A : 
Al-Suwaiq (Oman), That Ras (Jordan), Safa (Lebenon), Ravshan Kulob (Tajikistan) atau Al-Yarmuk Al-Rawda (Yemen)

Kumpulan B :
Kuwait FC (Kuwait), Fanja (Oman), Al-Jaish (Syria), Nejmeh (Lebenon)

Kumpulan C :
Al-Hidd (Bahrain), Al-Qadsia (Kuwait), Al-Shorta (Iraq), Al-Wahda (Syria)

Kumpulan D :
Shabab Al-Ordon (Jordan), Riffa (Bahrain), Arbil FC (Iraq), Alay Osh (Kyrgyzstan) atau Shabab Al-Dhahiriya (Palestin)

Kumpulan E :
Persipura Jayapura (Indonesia), Home United (Singapura), New Radiant (Maldives), Pune (India)

Kumpulan F :
Hanoi T&T (Vietnam), Arema Cronous (Indonesia), Selangor FA (Malaysia), Maziya (Maldives)

Kumpulan G :
Yangon United (Myanmar), Vissai Ninh Binh (Vietnam), South China (Hong Kong), Kelantan (Malaysia)

Kumpulan H : 
Tampines Rovers (Singapura), Nay Pyi Taw (Myanmar), Churchill Brothers (India), Kitchee (Hong Kong)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa