Nuffnang Ads

Rabu, 11 Disember 2013

Football : FIFA Ballon d'Or 2013 Top 3

Pemilihan pemain bolasepak terbaik 2013 untuk merebut anugerah Ballon d"Or 2013 telah memasuki fasa terakhir di mana 3 pemain terbaik telah disenaraipendekkan daripada 23 senarai awal pemain yang dikeluarkan oleh FIFA. Perebutan Anugerah Ballon d"Or 2013 menjadi saingan antara pemenang anugerah 4 kali berturut-turut dari tahun 2009 hingga 2012, Lionel Messi (Argentina/FC Barcelona), pemenang Ballon d'Or 2008 Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid) serta pemain terbaik Eropah 2013, Franck Ribery (Perancis/FC Bayern Munich). 

Bual Sukan berpandangan, saingan ketiga-tiga pemain ini dijangka sengit di mana masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri sama ada di peringkat kelab mahupun negara masing-masing. Namun begitu, berdasarkan prestasi semasa Cristiano Ronaldo dijangka bakal menggondol anugerah ini. Keputusan rasmi pemenang anugerah Ballon d'Or 2013 akan diumumkan pada 7 Januari 2014 di ibu pejabat FIFA di Switzerland. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa