Nuffnang Ads

Selasa, 10 Disember 2013

Football : FIFA Club World Cup Morocco 2013


Kejohanan Bola Sepak Piala Kelab-Kelab Dunia 2013 akan berlangsung di Maghribi bermula 11 Disember sehingga 21 Disember 2013. Kejohanan ini melibatkan pasukan juara kelab-kelab di benua masing-masing. Untuk kejohanan kali ini, 7 pasukan bakal bersaing mewakili benua masing-masing iaitu FC Bayern Munich (UEFA), Atletico Mineiro (CONMEBOL), Al-Ahly FC (CAF), Guangzhou Evergrande FC (AFC), CF Monterrey (CONCACAF), Auckland City  FC (OFC) dan pasukan tuan rumah, Raja Casablanca.

Bayern Munich yang memenangi Piala Juara-Juara Eropah 2013 pastinya diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan kali ini. Cabaran terdekat kelab FC Bayern Munich kemungkinan besar adalah kelab Brazil, Atletico Miniero. Namun begitu, cabaran kelab-kelab lain pastinya tidak boleh di pandang mudah kerana tidak mustahil kejutan boleh berlaku untuk kejohanan di Maghribi kali ini. Kejohanan tahun ini merupakan kejohanan edisi ke 10 setelah kali pertama diadakan pada tahun 2000. Berikut adalah jadual perlawanan pasukan-pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan ini :



11 Disember 2013
Perlawanan 1 - Raja Casablanca vs Auckland City FC - (2 -1)

14 Disember 2013
Perlawanan 2 - Guangzhou Evergrande FC vs Al-Ahly FC - (2-0) 
 Perlawanan 3 - Raja Casablanca vs CF Monterrey - (2-1)



17 Disember 2013 

Perlawanan 4 - Guangzhou Evergrande FC vs FC Bayern Munich - (0-3) 


18 Disember 2013
Perlawanan 5 - Al-Ahly FC vs CF Monterrey 
(Penentuan Tempat 5/6) - (1-5)

Perlawanan 6 - Raja Casablanca vs Atletico Mineiro - (3-1) 

21 Disember 2013
Perlawanan 7 - Guangzhou Evergrande FC vs Atletico Mineiro 
(Penentuan Tempat 3/4)
Perlawanan 8 - FC Bayern Munich vs Raja Casablanca 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa