Nuffnang Ads

Khamis, 12 Disember 2013

Football : UEFA Champions League 2013/2014

Perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2013 baru sahaja tamat dengan 16 pasukan yang menamatkan saingan kumpulan selaku juara dan naib juara telah mara ke pusingan seterusnya. Juara bertahan 2013, FC Bayern Munich serta pasukan-pasukan lain seperti FC Barcelona, Real Madrid & Atletico Madrid (Sepanyol), Manchester United, Manchester City, Chelsea & Arsenal (England), Borussia Dortmund, Bayer 04 Leverkusen & Schalke 04 (Jerman), AC Milan (Itali), PSG (Perancis) Galatasaray (Turki), Zenit St. Petersburg (Russia) dan Olympiakos (Greece) berjaya mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya. Paling mengejutkan adalah kegagalan pasukan Juara Liga Itali 2013, Juventus dan Juara Liga Portugal, FC Porto mara ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Pasukan yang menamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga Liga Juara-Juara Eropah 2013/2014 akan bersaing dalam pusingan 32 terbaik bersama-sama juara dan naib juara kumpulan saingan Liga Europa 2013/2014 . Pasukan-pasukan itu adalah FC Shakhtar Donetsk (Ukraine), Juventus & SSC Napoli  (Itali), SL Benfica & FC Porto (Portugal), FC Viktoria Plzeƈ (Rep. Czech), FC Basel 1893 (Switzerland) dan AFC Ajax (Belanda).

Undian peringkat 16 terbaik akan dilangsungkan pada hari Isnin 16 Disember 2013 di Nyon di mana pusingan pertama berlangsung pada 18 dan 19 Februari 2014 manakala pusingan kedua pada 25 dan 26 Februari 2013.

JUARA KUMPULAN :


NAIB JUARA KUMPULAN :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa