Nuffnang Ads

Isnin, 16 Disember 2013

Football : UEFA Champions League 2013/2014 Draw

Undian bagi pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah 2013/2014 telah berlangsung di Nyon, Switzerland. 16 pasukan itu meliputi 4 pasukan dari Bundesliga Jerman diketuai oleh juara bertahan FC Bayern Munich, Borussia Dortmund, Schalke 04 dan Bayer Leverkusen, 4 pasukan dari Liga Perdana England (Manchester United, Manchester City, Arsenal, Chelsea), 3 pasukan La Liga Sepanyol (FC Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid) dan 5 lagi pasukan masing-masing dari Ligue 1 Perancis (PSG), Serie A Itali (AC Milan), Liga Turki (Galatasaray), Liga Russia (Zenit St. Petersburg) dan Liga Greece (Olympiakos).

Mengikut format undian, pasukan juara peringkat kumpulan akan diundi bertemu pasukan naib juara kumpulan di mana pasukan dari liga atau kumpulan yang sama tidak akan diundi bertemu sesama sendiri pada pusingan 16 terbaik ini. Perlawanan secara timbal balik ini akan dilangsungkan pada 18, 19, 25 dan 26 Februari 2014 untuk pusingan pertama di mana pasukan naib juara kumpulan akan menjadi tuan rumah. Manakala pusingan kedua pula pada 11, 12, 18 dan 19 Mac 2014 di mana pasukan juara kumpulan akan menjadi tuan rumah.

Dalam undian yang telah diadakan pada 16 Disember 2013, juara bertahan FC Bayern Munich diundi bertemu pasukan Arsenal manakala satu lagi pasukan gergasi iaitu FC Barcelona diundi bertemu dengan pasukan Manchester City. Selain pertembungan 4 pasukan tersebut lain-lain undian menyaksikan Manchester United bertemu Olympiakos, Real Madris bertemu Schalke 04, PSG bertemu Bayer Leverkusen, Chelsea bertemu Galatasaaray dan AC MIlan bertemu Atletico Madrid. Bual Sukan menjangkakan saingan untuk mara ke suku akhir pastinya sengit dengan setiap pasukan pastinya berusaha mencari kelebihan dalam perlawanan timbal balik ini. Berikut adalah keputusan undian perlawanan pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah 2013/2014 akan datang :

Manchester City lwn FC Barcelona
Olympiakos lwn Manchester United
AC Milan vs Atletico Madrid
Bayer Leverkusen vs PSG 
Galatasaray vs Chelsea
Schalke 04 lwn Real Madrid
Zenit St. Petersburg vs Borussia Dortmund
Arsenal vs FC Bayern Munich 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa