Nuffnang Ads

Jumaat, 4 Januari 2013

Bola Sepak : Senarai 41 Pemain Import Liga Malaysia 2013


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui Jawatankuasa Integriti telah meluluskan seramai 41 orang pemain import yang bakal mewarnai  kancah Liga Malaysia 2013 yang akan membuka tirai sainganya pada Sabtu ini. Jika dilihat daripada senarai pemain import yang dibenarkan bermain oleh FAM, Kelantan telah mendaftarkan 4 pemain manakala Felda United mendaftarkan 3 pemain. Lain-lain pasukan mendaftar 2 pemain iaitu kuota pemain import yang dibenarkan beraksi dalam Liga Malaysia.


Antara nama-nama besar yang didaftarkan ialah bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Daniel Gonzales Gulza, pemain dari kelab Serie A Itali, Simone Del Nero serta bekas pemain antarabangsa Belanda dan Republik Ireland yang pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris iaitu George Boateng dan Caleb Folan. Berikut adalah senarai Pemain Import yang LULUS bermain dalam Liga Malaysia 2013 :
LIGA SUPER

KELANTAN - Dimitrios Petrators, Keita Mandjou, Obinna Nwaneri, Lek K'cria
NEGERI SEMBILAN - William Paul Modebo, Emanuel Matias De Poras
SELANGOR - Francis Forkey Doe, Ramez Dayoub
PAHANG - Borgi Mohamed, Nikolche Klechkaroski

TERENGGANU - Vincent Bikana, Effa Owana Gean Emmanuel
PERAK - Karim Rouani, Rafael Sauza Silva Novais
ATM - Bruno Sebastian Martelotto, Marlon Alex James
T-TEAM - Caled Folan, George Boateng
JOHOR DARUL TAKZIM - Simone Del Nero, Daniel Gonzalez Guiza
PKNS SELANGOR - Patrick Ronaldinho Wleh, Helmi Loussaief
FELDA UNITED - Carlos Toberto Alvis Pareira Junior, Stephen Damalie, Mohamad Ghaddar


LIGA PREMIER

KEDAH - Chayene Medeiros Oliveira Santos, Nelson Marcelo San Martin Arria Gada
JOHOR - Andre Francisco William, Muriel Juan Orlando
SABAH - Koh Traore, Rhys David Weston
SARAWAK - Guy Bwelle, Ivan Babic
PERLIS - Dennis Agware Antwi, Emmanuel Ayaah Okine
BETARIA FC - Tomas Chovanec, Hillary Odada Echsa
SIME DARBY FC - Karlo Primorac, Goran Perak
PDRM - Kaye Edrisar, Mohamadou Sumareh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa