Nuffnang Ads

Ahad, 13 Januari 2013

Football : Cristiano Ronaldo Profile


Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro merupakan antara pemain bola sepak terbaik dunia pada masa kini. Ronaldo mewakili pasukan kebangsaan Portugal dan kini bermain untuk kelab gergasi La Liga Sepanyol Real Madrid setelah berpindah dari kelab Manchester United dengan rekod perpindahan dunia iaitu £80 juta. Ronaldo juga adalah salah seorang pemain yang menerima bayaran tertinggi dalam arena bola sepak. 

Beliau memulakan karier di peringkat remaja iaitu di kelab Andorinha sebelum berhijrah ke kelab CD Nacional dan kemudiannya ke kelab Sporting Lisbon. Bakatnya yang luar biasa telah menarik perhatian pengurus Manchester United, Sir Alex Furgeson yang kemudiannya membayar Sporting Lisbon dengan harga perpindahan berjumlah £12.24 juta pada tahun 2003. Pada tahun 2009, beliau telah berpindah kelab ke Real Madrid, Sepanyol dengan rekod perpindahan termahal dunia. 

Beliau telah banyak memenangi gelaran juara di kelab yang diwakili beliau serta banyak memecahkan rekod bersama kelab yang beliau wakili. Berikut adalah serba sedikit profil Cristiano Ronaldo :

Nama Penuh : Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro

Posisi : Penyerang

Tarikh Lahir : 5 Februari 1985 (28 Tahun)

Tempat Lahir : Madeira, Portugal

Tinggi : 1.85m 

Berat : 75 kg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa