Nuffnang Ads

Khamis, 24 Januari 2013

Badminton : BWF World Team Ranking

Badan induk badminton dunia BWF telah mengeluarkan ranking kedudukan pasukan negara masing-masing. Pasukan Badminton China yang menjuarai banyak kejohanan berpasukan mahupun individu jelas menguasai carta pasukan terbaik dunia diikuti oleh gergasi badminton eropah Denmark yang berada di kedudukan ranking kedua dunia. Pasukan Malaysia pula berada pada kedudukan ke-6 terbaik dunia di belakang pasukan China, Denmark, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia. Berikut adalah kedudukan 20 pasukan badminton terbaik dunia mengikut laman web rasmi BWF http://www.bwfbadminton.org/ :

Football : French Ligue 1 2011/2012 Team of the Season

Kejuaraan Ligue 1 Perancis musim 2011/2012 yang lalu telah menyaksikan saingan hebat antara kelab Montpellier dan kelab yang berbelanja besar PSG sehingga ke penghujung musim. Saingan akhirnya memihak kepada kelab Montpellier dengan kelebihan 3 mata. Kejuaraan ini amat bermakna untuk kelab Montpellier menyaksikan 4 pemain utama mereka telah dipilih oleh laman web Goal.com selaku kesebelasan terbaik Ligue 1 Perancis. Lain-lain pemain adalah 3 dari Lille dan masing-masing 2 pemain dari PSG dan Toulouse. Berikut adalah kesebelasan terbaik Ligue 1 Perancis musim 2011/2012 : 

FORMASI PILIHAN : 4-2-3-1

PENJAGA GOL :

PERTAHANAN :

TENGAH BERTAHAN :


TENGAH :

PENYERANG :

Football : Dutch Eredivisie 2011/2012 Team of the Season

Liga Eredivisie Belanda musim 2011/2012 yang lalu menyaksikan saingan sengit melibatkan 4 kelab utama iaitu Ajax Amsterdam, Feyenoord Rotterdam, PSV Eindhoven dan Az Alkmaar. Bagaimanapun pada penghujung saingan, kelab Ajax memenangi kejuaraan Eredivisie Belanda dengan kelebihan 6 mata mengatasi kelab Feyenoord. Laman web Goal.com telah menyenaraikan pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang musim 2011/2012 di mana 3 pemain utama kelab AZ Alkmaar, 2 pemain masing-masing dari Ajax Amsterdam, Feyenoord Rotterdam dan SC Heerenveen dan masing-masing 1 dari kelab PSV Eindhoven dan Vitesse Arnhem terpilih dalam kesebelasan terbaik tahunan. Berikut adalah kesebelasan terbaik Liga Eredivisie Belanda Musim 2011/2012 :

FORMASI PILIHAN : 4-2-3-1

PENJAGA GOL :

PERTAHANAN :

TENGAH BERTAHAN :

TENGAH :

PENYERANG :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa