Nuffnang Ads

Jumaat, 1 Februari 2013

Sorotan Sukan Malaysia Januari 2013

Sukan Malaysia 2013 menjanjikan 1,001 kejayaan buat arena sukan negara dari luar mahupun dari dalam negara. Untuk bulan Januari beberapa kejayaan manis telah diraih oleh atlet negara. Antara kejayaan yang dikecapi ialah kejayaan dua jaguh negara iaitu jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy dunia Datuk Nicol David membuktikan keunggulan dalam acara masing-masing apabila berjaya menjuarai kejohanan yang disertai oleh mereka.

Di peringkat dalam negara pula menyaksikan saingan bola sepak Liga Malaysia 2013 telah membuka gelanggang di mana kejohanan pembuka tirai 2013 diungguli oleh pasukan ATM FA. Saingan Liga Malaysia 2013 juga pastinya menjanjikan saingan sengit pasukan yang bertanding. Dengan kemasukan pemain import yang berkualiti, saingan Liga Malaysia 2013 pastinya menarik untuk ditonton oleh peminat tempatan. 

Selain kejayaan serta kecemerlangan ini, banyak lagi saingan arena sukan negara telah bermula antara Liga Hoki Remaja Kebangsaan, Frenz Internatioanal Cup serta saingan sukan lain juga turut mendapat perhatian peminat sukan tempatan. Semoga sukan Malaysia meninggalkan kenangan manis untuk semua pihak. Majulah sukan untuk negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa