Nuffnang Ads

Jumaat, 15 Februari 2013

Bola Sepak : FC Ryukyu Bakal 'Lamar' Pemain Harimau

Kelab Liga Divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu seperti dilaporkan berminat menawarkan kontrak kepada 2 pemain Harimau Muda A yang semakin meningkat naik Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Zakaria untuk bermain bersama pasukan mereka untuk saingan Liga J akan datang. Selain mereka, beberapa pemain lagi sedang diperhatikan oleh kelab ini untuk menyertai 2 pemain ini mengikat kontrak bersama kelab mereka. Seperti yang kita ketahui, Jepun merupakan antara negara Asia yang sangat maju dalam pembangunan bola sepak pelbagai peringkat. Justeru, peluang terbaik ini tidak harus dilepaskan oleh pemain Harimau Muda A mengembangkan bakat bola sepak mereka. Ini sekaligus dapat membantu pasukan negara di masa akan datang. Walaubagaimanapun, ketahanan serta persiapan mental dan fizikal pemain juga harus dipertingkatkan bagi memastikan mereka berjaya mengembangkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga berjaya kepada Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa