Nuffnang Ads

Jumaat, 28 Jun 2013

Bola Sepak : Piala FA 2013 : Kelantan atau Darul Takzim FC?

Perlawanan akhir Piala FA 2013 akan berlangsung pada 29 Jun 2013 bakal menemukan 2 pasukan gergasi bola sepak negara pada masa kini iaitu Kelantan atau The Reds Warriors bertemu Johor Darul Takzim FC atau Harimau Selatan. Pertembungan kedua-dua pasukan ini  amat dinanti-nantikan peminat bola sepak tanah air terutamanya penyokong kedua-dua pasukan yang pastinya mengharapkan pasukan mereka memenangi Piala FA 2013 ini. 

Pasukan Kelantan selaku juara bertahan pastinya akan berusaha sedaya upaya mempertahankan piala yang telah mereka menangi musim lalu setelah menewaskan pasukan berstatus kelab Sime Darby FC dengan kemenangan tipis 1-0. Pasukan Darul Takzim FC pastinya akan mengerahkan seluruh kekuatan mereka bagi merampas piala daripada pasukan Kelantan. Dengan kedua-dua pasukan akan membariskan ramai pemain bertaraf bintang, perlawanan malam esok pastinya menjanjikan aksi menarik sepanjang tempoh perlawanan.

Semoga perlawanan akhir esok berlangsung dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi sama ada melalui pasukan ataupun melalui penyokong masing-masing. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan atas kemampuan untuk mara ke perlawanan akhir esok. Majulah sukan untuk negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa