Nuffnang Ads

Isnin, 8 Julai 2013

Tennis : Wimbledon 2013 Winners

Kejohanan Tenis Grand Slam Wimbledon 2013 telahpun melabuhkan tirainya pada 7 Julai 2013. Kejohanan tahun ini menyaksikan banyak kejutan berlaku di mana juara bertahan bagi tahun 2012 bagi kategori lelaki iaitu Roger Federer dan kategori wanita iaitu Maria Sharapova terkandas kepada pemain di ranking rendah. Berikut adalah pemenang siri ketiga Grand Slam 2013 :
Winners

Bola Sepak : Pasukan-Pasukan Liga Malaysia 2014

Liga Super 2013 dan Liga Premier 2013 telah pun melabuhkan tirai saingan pada 5 dan 6 Julai yang lalu. Dalam saingan Liga Super 2013, pasukan jemputan iaitu Singapore Lions XII di bawah bimbingan Ketua Jurulatih V.Sundramoorthy unggul dengan merampas kejuaraan daripada pasukan juara treble musim lalu Kelantan dengan kelebihan 3 mata mengatasi saingan pasukan naib juara Selangor dan pasukan yang berbelanja besar Johor Darul Takzim FC. Pasukan Felda United dan Negeri Sembilan pula akan bersaing dalam Liga Premier 2014 setelah menamatkan saingan masing-masing di tempat ke 11 dan 12.

Saingan Liga Premier 2013 pula menyaksikan pasukan Sarawak muncul juara dengan mengumpul 58 mata mengatasi pasukan Sime Darby FC. Lebih membanggakan lagi adalah kejayaan pasukan Sarawak di bawah bimbingan Robert Alberts mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri dan gelanggang lawan dalam saingan Liga Premier 2013. Ini merupakan satu rekod di mana mengharungi cabaran Liga Premier tanpa kekalahan. Dengan kejayaan ini, pasukan Sarawak akan diiringi oleh pasukan Sime Darby FC bersaing dalam Liga Super 2014 akan datang.
Bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang, 12 pasukan akan bersaing dalm Liga Super manakala 12 pasukan lagi akan bersaing dalam Liga Premier. Musim depan juga menyaksikan nama pasukan Pos Malaysia FC ditukar kepada DRB Hicom FC manakala 2 pasukan yang dinaikkan ke Liga Premier 2014 ialah Pulau Pinang dan PBAPP FC yang menamatkan saingan Liga FAM 2013 masing-masing di tangga pertama dan kedua. Berikut adalah 12 pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super dan 12 pasukan Liga Premier 2014 akan datang :

PASUKAN LIGA SUPER 2014



PASUKAN LIGA PREMIER 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa