Nuffnang Ads

Ahad, 21 Julai 2013

Profil : "Kapten Marvel" Mohd Badhri Mohd Radzi

Mohd Badhri Mohd Radzi atau lebih dikenali dengan nama panggilan "Piya" merupakan kapten pasukan bola sepak "The Red Warriors" Kelantan. Beliau merupakan antara pemain berpengaruh tinggi dalam pasukan. Piya juga merupakan antara pemain terbaik Liga Malaysia kerana hantaran serta sentuhannya yang amat mengkagumkan di tengah padang. Sebagai seorang "Janeral" di tengah padang, beliau amat dikagumi oleh pasukannya mahupun pasukan lawan kerana kepimpinannya yang menjadi kekuatan pasukan Kelantan. Dalam aksi akhir Piala Malaysia 2012 yang lalu hantaran serta umpanan beliau membolehkan pasukannya menjaringkan gol-gol penting selain sumbangannya dalam perlawanan akhir Piala FA 2013 yang lalu. Kemuncak kejayaan beliau adalah apabila membantu pasukan Kelantan menjulang treble pada musim lalu. Namun begitu, dalam peringkat kebangsaan beliau sering diketepikan oleh jurulatih negara, Datuk K.Rajagopal yang lebih menggemari pemain lain untuk skuad negara. Berikut adalah serba ringkas profil beliau untuk tatapan kita semua :

Nama Penuh : Mohd Badhri Mohd Radzi

Tarikh Lahir : 2 Jun 1982 (31 Tahun)

Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan

Tinggi : 1.73 m

Pasukan : Kelantan

No. Jersi : 16
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa