Nuffnang Ads

Selasa, 23 Julai 2013

Cycling : Le Tour de France 2013 Winners

Kejohanan Berbasikal Jelajah yang tersohor di dunia Le Tour de France 2013 merupakan edisi kali ke 100. Jelajah tahun ini bermula pada 29 Jun dan berakhir pada 21 Julai 2013 di mana melibatkan 21 peringkat saingan. 4 jersi menjadi taruhan iaitu Jersi Kuning untuk juara keseluruhan, Jersi Hijau untuk raja pecut, Jersi Polka Dot untuk raja bukit dan Jersi Putih untuk pelumba muda. Untuk tahun ini, juara Le Tour de France 2012, Bradley Wiggins terpaksa menarik diri kerana kecederaan yang dialaminya. Kesempatan ini diambil oleh Naib Juara edisi lalu, Chris Froome dari Britain yang mewakili pasukan Sky ProCycling muncul juara keseluruhan untuk edisi ke 100 kali ini. Raja pecut musim lalu, Peter Sagan dari Slovakia yang mewakili pasukan Cannodale sekali lagi berjaya mengekalkan jersi hijau edisi kali ini. Manakala pelumba dari Colombia Nairo Quintana yang mewakili pasukan Movistar mengungguli 2 jersi iaitu selaku raja pecut dan pelumba muda terbaik keseluruhan. Berikut adalah pemenang edisi ke 100 Le Tour de France 2013 : 

Le Tour de France

Badminton : Cabaran Malaysia ke Kejohanan Dunia 2013


Badminton Kejohanan Dunia 2013 akan berlangsung di Guangzhou, China pada 5 - 11 Ogos 2013 akan datang. Cabaran Malaysia akan diketuai oleh pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei. Turut serta adalah 2 pemain perseorangan lelaki, 4 pasangan bergu lelaki, seorang pemain perseorangan wanita, 4 pasangan bergu wanita serta 3 pasangan bergu campuran. Untuk kejohanan kali ini, Datuk Lee Chong Wei pastinya akan dijadikan sandaran utama untuk merangkul kejuaraan ditambah prestasi semasa yang semakin meningkat. Namun begitu, cabaran pastinya akan ditempuhi penuh ranjau daripada pemain perseorangan China yang pastinya akan menyekat hasrat Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul kejuaraan 2013. Berikut adalah senarai pemain negara yang akan beraksi pada Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China :

Football : 2013/2014 Scottish Premier League Clubs

Liga Perdana Scotland musim 2013/2014 akan bermula pada 17 Ogos 2013 di mana 12 pasukan akan beraksi merebut kejuaraan terulung Liga Scotland. Juara musim lalu, Celtic sekali lagi pastinya menjadi pilihan ramai untuk mencatat kejayaan muncul juara musim ini. Namun begitu saingan 11 pasukan lain tidak boleh dipandang mudah kerana setiap musim pastinya menjanjikan saingan sengit untuk mencabar kejuaraan. Berikut adalah 12 kelab yang akan bersaing merebut kejuaraan musim baru Liga Scotland 2013/2014 akan datang :  

SPL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa