Nuffnang Ads

Ahad, 18 Ogos 2013

Football : UEFA Super Cup 2013

UEFA Super Cup atau Piala Super Eropah merupakan perlawanan bola sepak yang diadakan setiap tahun melibatkan pertembungan juara 2 piala utama kelab Eropah iaitu Liga Juara-Juara Eropah atau Champions League serta Liga Europa atau Europa League. Untuk tahun ini, kelab Jerman FC Bayern Munich selaku juara Liga-Liga Eropah akan bertemu dengan kelab England Chelsea yang muncul juara Liga Europa musim lalu. Pertembungan kedua-dua pasukan ini akan dilangsungkan pada 30 Ogos 2013 di Stadium Prague, Republik Czech.

Pertembungan ini dijangka sengit apatah lagi kedua-dua pasukan kini di bawah bimbingan pengurus batu iaitu Josep Guardiola dan Jose Mourinho yang mengendalikan Chelsea untuk kali kedua. Pertembungan ini juga mengulangi pertembungan Liga Juara-Juara Eropah 2012 di mana ketika itu, Chelsea berjaya merangkul kejuaraan menewaskan pasukan FC Bayern Munich dalam pertembungan yang cukup dramatik. Kedua-dua pasukan ini masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri dan terpulanglah kepada pasukan untuk mempamerkan aksi yang menghiburkan untuk tatapan peminat bola sepak dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa