Nuffnang Ads

Isnin, 16 September 2013

Bola Sepak : Keputusan Penuh Pestabola Merdeka 2013

Kejohanan bola sepak jemputan Pestabola Merdeka 2013 telahpun melabuhkan tirainya pada 14 September 2013 yang lalu dengan pasukan negara Harimau Muda A di bawah bimbingan jurulatih Ong Kim Swee membuktikan bahawa pasukan negara berada di tahap persediaan terbaik untuk mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2013 Myanmar akan datang. 

Dalam perlawanan akhir, pasukan negara berjaya menewaskan pasukan Myanmar dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Rozaimi Abdul Rahman dan Junior Eldstal. Kejayaan ini amat manis kepada pasukan negara apatah lagi pemain yang berkelana di kelab Divisyen 3, FC Ryukyu Wan Zack Haikal Wan Noor dipilih sebagai pemain terbaik dan pemain paling bernilai manakala Md. Rozaimi Ab. Rahman pula dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan. Berikut adalah keputusan penuh kejohanan Pestabola Merdeka 2013 yang telah berlangsung pada 7 hingga 14 September 2013 yang lalu :

Juara : Malaysia
Naib Juara : Myanmar
Tempat Ketiga : Singapura
Tempat Keempat : Thailand
Pemain Terbaik : Wan Zack Haikal Wan Noor
Pemain Paling Bernilai : Wan Zack Haikal Wan Noor
Penjaring Terbanyak : Md. Rozaimi Ab. Rahman (3 Gol)
Keputusan Perlawanan :

7 September 2013 (Sabtu)
MALAYSIA lwn Singapura (1-0)
Thailand lwn Myanmar (1-1)

9 September 2013 (Isnin)
Thailand lwn Singapura (1-0)
MALAYSIA lwn Myanmar (2-1)

11 September 2013 (Rabu)
Singapura lwn Myanmar (0-2)
MALAYSIA lwn Thailand (3-0)

14 September 2013 (Sabtu)
Penentuan Tempat Ketiga/Keempat
Thailand lwn Singapura (1-2)

Penentuan Juara/Naib Juara
MALAYSIA lwn Myanmar (2-0)

Football : African World Cup 2014 Qualifying Play-off Draw

Pusingan kelayakan Bolasepak Piala Dunia 2014 Brazil peringkat Zon Afrika telah masuk ke fasa terakhir dengan 10 pasukan diundi dalam saingan timbal balik bagi merebut 5 tempat ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Dalam undian yang telah berlangsung pada 16 September 2013 di ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Afrika di Cairo, Mesir 5 pasukan diletakkan sebagai pasukan pilihan iaitu Ivory Coast, Algeria, Ghana, Nigeria dan Tunisia manakala 5 pasukan lagi iaitu Mesir, Burkina Faso, Cameroon, Ethiopia dan Senegal sebagai pasukan bukan pilihan. Berikut adalah keputusan undian perlawanan play-off peringkat zon Afrika yang akan berlangsung pada 11-15 Oktober 2013 dan 15-19 November 2013 akan datang : 


Ethiopia vs Nigeria
Ivory Coast vs Senegal
Tunisia vs Cameroon
Ghana vs Egypt
Burkina Faso vs Algeria


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa