Nuffnang Ads

Selasa, 17 September 2013

Hoki : Piala Sultan Johor 2013

Pasukan Hoki bawah 21 tahun negara akan mengharungi cabaran Hoki Jemputan Antarabangsa Piala Sultan Johor 2013 yang merupakan edisi kali ke-3 kejohanannya. Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 29 September 2013. Kejohanan ini melibatkan penyertaan 6 negara iaitu pasukan negara, Argentina, England, India, Pakistan dan Korea Selatan. Kejohanan ini merupakan antara persiapan pasukan hoki negara di bawah kendalian jurulatih Dharma Raj Abdullah untuk menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia bawah 21 tahun di India yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember 2013. Semoga persembahan pasukan hoki bawah 21 tahun negara di kejohanan edisi kali ini memberikan suntikan semangat pasukan negara dalam menghadapi Piala Dunia Remaja akan datang. 

Hockey Sultan of Johor Cup 2013

22 September 2013 (Ahad)
16:05 Korea lwn Pakistan
18:05 England lwn India
20:05 Malaysia lwn Argentina

23 September 2013 (Isnin)
4:05pm England lwn Pakistan
6:05pm Argentina lwn India
8:05pm Malaysia lwn Korea

25 September 2013 (Rabu)

4:05pm Argentina lwn Korea
6:05pm Malaysia lwn England
8:05pm India lwn Pakistan

26 September 2013 (Khamis)
4:05pm England lwn Argentina
6:05pm Korea lwn India
8:05pm Malaysia lwn Pakistan

28 September 2013 (Sabtu)
4:05pm Argentina lwn Pakistan
6:05pm India lwn Malaysia
8:05pm Korea lwn England

Bola Sepak : Piala Menpora 2013

Setelah menghadapi Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 pada 7 September hingga 14 September 2013, pasukan Harimau Muda A dijadualkan menghadapi kejohanan jemputan Piala Menpora 2013 di Indonesia yang bakal berlangsung pada 20 September hingga 29 September 2013 ini. Kejohanan ini melibatkan penyertaan kelab-kelab bola sepak Indonesia dan Australia di mana 8 pasukan akan bersaing dalam 2 kumpulan. Juara setiap kumpulan akan merebut kejuaraan utama Piala Menpora 2013. Berikut adalah kumpulan serta jadual perlawanan Piala Menpora 2013 akan datang :

KUMPULAN A

Menpora Cup 2013



20 September 2013 (Jumaat)
Persib Bandung lwn Malaysia U23
Sriwijaya FC lwn Central Coast Mariners

22 September 2013 (Ahad)
Malaysia U23 lwn Central Coast Mariners
Persib Bandung lwn Sriwijaya FC

24 September 2013 (Selasa)
Central Coast Mariners lwn Persib Bandung
Sriwijaya FC lwn Malaysia U23  


KUMPULAN B

Menpora Cup 2013









21 September 2013 (Sabtu)
Mitra Kukar lwn Persepam Madura
Arema Malang lwn Layola Meralco Sparks FC

23 September 2013 (Isnin)
Mitra Kukar lwn Layola Meralco Sparks FC  
Persepam Madura lwn Arema Malang 

25 September 2013 (Rabu)
Layola Meralco Sparks FC lwn Persepam Madura
Arema Malang lwn Mitra Kukar 

Perlawanan Akhir
28 September 2013 (Sabtu)
Juara Kumpulan A lwn Juara Kumpulan B

Semoga pasukan bawah 23 negara akan meneruskan persembahan bertenaga dalam kejohanan jemputan Piala Menpora 2013 akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa