Nuffnang Ads

Khamis, 19 September 2013

Hoki : Piala Dunia Remaja 2013

Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 akan berlangsung di India pada 6 hingga 15 Disember 2013. Kejohanan ini melibatkan 16 pasukan di mana setiap pasukan diundi dalam 4 kumpulan di mana dua pasukan terbaik akan mara ke pusingan suku akhir  Pasukan Hoki Remaja negara yang kini giat menjalankan persiapan di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman Dharma Raj Abdullah telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama dengan pasukan New Zealand. England dan Afrika Selatan. 

Pasukan tuan rumah, India pula diundi dalam Kumpulan C bersama-sama dengan pasukan Belanda, Korea Selatan dan Kanada. Kumpulan A pula dihuni oleh juara bertahan Kejohanan Hoki Remaja 2009 iaitu pasukan Jerman, Pakistan, Belgium dan Mesir manakala pasukan Australia, Sepanyol, Argentina dan Perancis diundi dalam Kumpulan B. Berikut adalah senarai Kumpulan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 akan datang :

KUMPULAN A


KUMPULAN B



KUMPULAN C


KUMPULAN D

Bola Sepak : Senarai Nama Pemain Harimau Muda A ke Piala Menpora 2013

Pasukan Harimau Muda A di bawah bimbingan jurulatih Ong Kim Swee yang masih lagi segar dengan kejayaan menjuarai Pestabola Merdeka 2013 akan meneruskan persiapan mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2013 di Myanmar dengan menyertai kejohanan jemputan Piala Menpora 2013 di Indonesia. Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 20 - 29 September 2013 akan datang. Pasukan negara diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama dengan kelab bolasepak Indonesia Persib Bandung serta Sriwijaya FC dan kelab Australia Central Coast Mariners. Kelab-kelab ini membariskan pemain-pemain utama dari pasukan masing-masing dengan beberapa pemain berpengalaman yang mewakili pasukan kebangsaan Indonesia serta pemain-pemain import kelab masing-masing.

Pasukan negara membariskan 18 pemain dengan ketua pasukan Irfan Fazail akan mengetuai barisan 18 pemain ke kejohanan tersebut. 9 pemain yang mewakili pasukan negara pada kejohanan Pestabola Merdeka 2013 yang lalu tidak disenaraikan kerana komitmen bersama kelab dan pasukan masing-masing dalam saingan Piala Malaysia 2013. Antaranya ialah pemain terbaik Wan Zack Haikal Wan Nor (FC Ryukyu), Junior Eldstal (Sarawak), Nazmi Faiz Mansor (PKNS FC), Zubir Azmi (Terengganu), S.Sivanesan (Negeri Sembilan), Nazirul Naim Che Hashim (FC Ryukyu), K.Reuben (ATM FA), Nik Mohd Shahrul Azim Ab. Halim (Kelantan) dan Mohd. Nasir Basharuddin (Perak). 

Harimau Muda A akan membuka tirai perlawanan dengan menentang kelab Persib Bandung (20 September) diikuti dengan perlawanan bertemu Sriwijaya FC (22 September) dan Cebtral Coast Mariners (24 September). Berikut adalah senarai nama pemain Malaysia ke Kejohanan Bolasepak Jemputan Piala Menpora 2013 di Indonesia :


Penjaga Gol : Izham Tarmizi Roslan, Mohd Farhan Abu Bakar, Firdaus Muhamad
Pertahanan : Shahrul Mohd Saad, D. Kenny Pallraj, Fadhli Shas, Syaidon Zakaria
Tengah : Muhd Ferris Danial Mat Nasir, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Muhd Ariff Farhan Md Isa, Irfan Fazail, Saiful Riduwan Selamat, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
Penyerang : A. Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim, D. Saarvindran, Rozaimi Abd Rahman, Riduan Abdunloh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa