Nuffnang Ads

Sabtu, 28 September 2013

Bola Sepak : Calon Penjaring Terbanyak Piala Malaysia 2013

Watsons Piala Malaysia 2013 telah memasuki pusingan suku akhir di mana 8 pasukan akan bersaing secara timbal balik bagi menentukan 4 pasukan yang akan layak ke pusingan separuh akhir. Saingan tahun ini nyata menarik dengan hanya 3 pasukan negeri yang mara ke peringkat suku akhir iaitu Kelantan, Pahang dan Sarawak manakala baki 5 pasukan lagi adalah pasukan berstatus kelab dan pasukan jemputan iaitu Sime Darby FC, PKNS FC, Darul Takzim FC, ATM FA dan Lions XII. Untuk saingan tahun ini juga, nyata perebutan selaku penjaring terbanyak didominasi oleh penyerang import yang nyata menggunakan pengalaman mereka sebaiknya. Penyerang-penyerang tempatan seperti Norshahrul Idlan Talaha & Safee Sali (Darul Takzim FC), Ahmad Fakri Shaarani (Kelantan) dan penyerang-tempatan lain nyata tenggelam dengan saingan pemain import negeri dan kelab masing-masing. Namun begitu, sumbangan pemain tempatan tidak harus dipertikaikan dalam menyumbang kepada gerakan sepasukan. Berikut adalah calon-calon penjaring terbanyak Watsons Piala Malaysia 2013 :


Tennis : 2013 Grand Slam Winners


Kejohanan Tenis Grand Slam 2013 iaitu Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan Grand Slam tahun ini menyaksikan pemain tenis sensasi Sepanyol dan Amerika Syarikat iaitu Rafael Nadal dan Sarena Williams masing-masing unggul dengan memenangi 2 kejuaraan Grand Slam masing-masing. Manakala Novak Djokovic (Serbia), Andy Murray (Britain), Victoria Azarenka (Belarus) dan Marion Bartoli (Perancis) masing-masing menjuarai satu kejohanan Grand Slam. Untuk tahun ini, Roger Federer (Switzerland) dan Maria Sharapova (Russia) gagal memenangi sebarang kejuaraan Grand Slam. Berikut adalah kejuaraan perseorangan lelaki dan perseorangan wanita untuk kejohanan Grand Slam 2013 :

Pemenang Grand Slam Lelaki 









































Pemenang Grand Slam Wanita






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa