Nuffnang Ads

Ahad, 6 Oktober 2013

Bola Sepak : Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2013

Perlawanan pusingan kedua suku akhir Watsons Piala Malaysia 2013 baru sahaja tamat dengan 4 pasukan mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 17 & 18 Oktober untuk separuh akhir pertama dan 25 & 26 Oktober untuk separuh akhir kedua. 4 pasukan yang mara ke peringkat suku akhir ialah Pahang, ATM FA, Sarawak dan juara bertahan Piala Malaysia Kelantan. Paling mencuri perhatian ialah kejayaan pasukan Kelantan dan ATM FA yang menewaskan pasukan Darul Takzim FC dan Singapore Lions XII dengan jaringan besar masing-masing 6-1 dan 4-1. 

Pahang juga meneruskan kecemerlangan dengan menewaskan PKNS FC di gelanggang lawan dengan keputusan 2-1 manakala pasukan juara Liga Premier 2013 mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri dengan menewaskan pasukan Sime Darby FC 3-1 hasil jaringan hatrik kali kedua oleh penyerang import berbisa mereka Muamer Salibasic. Dengan kemenangan ini, berikut adalah jadual perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 yang akan berlangsung pada 18 & 19 Oktober untuk pusingan pertama dan 25 & 26 Oktober untuk pusingan kedua. 

Kelantan lwn ATM FA

Pahang lwn Sarawak

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang layak ke Separuh Akhir dan semoga peminat bola sepak tempatan disajikan aksi yang menarik untuk pusingan separuh akhir akan datang..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa