Nuffnang Ads

Ahad, 20 Oktober 2013

Bola Sepak : Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2013

Separuh akhir pertama Watsons Piala Malaysia 2013 telah berlangsung pada 18 dan 19 Oktober 2013 di mana pasukan ATM FA dan Pahang menjadi tuan rumah untuk perlawanan pertama kepada pasukan Kelantan dan Sarawak. Keputusan pusingan pertama menyaksikan kelebihan berpihak kepada 2 negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Pahang apabila masing-masing membawa bekalan kemenangan ke atas lawan masing-masing. Kelantan berjaya menewaskan pasukan ATM FA di stadium lawan dengan keputusan 2-1 manakala Pahang pula berjaya menewaskan pasukan Sarawak dengan 3-1. 

Perlawanan pusingan kedua dijadualkan berlangsung pada 25 dan 28 Oktober 2013 ini dengan pasukan Kelantan akan menjadi tuan rumah kepada pasukan ATM FA manakala pasukan Sarawak menjadi tuan rumah kepada pasukan Pahang. Peluang kesemua pasukan masih ada dengan syarat meminimakan kesilapan serta menyempurnakan setiap peluang untuk menjaringkan gol ke atas lawan masing-masing. Semoga kita dapat menyaksikan aksi menarik keempat-empat pasukan dalam perlawanan kedua akan datang. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa