Nuffnang Ads

Rabu, 30 Oktober 2013

Bola Sepak : Preview Pasukan Kelantan

Perlawanan Akhir Watsons Piala Malaysia 2013 akan mempertemukan 2 pasukan gergasi pantai timur iaitu Kelantan dan Pahang pada 3 November 2013 (Ahad) di Stadium Shah Alam. Kedua-dua pasukan ini masing-masing telah menunjukkan prestasi terbaik sepanjang perlawanan untuk mara ke peringkat akhir Piala Malaysia 2013. 

Bagi pasukan Kelantan, laluan mereka ke perlawanan akhir sangat mencabar dengan mereka telah diundi dalam Kumpulan C bersama-sama pasukan Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan. Mereka berjaya menamatkan saingan Kumpulan C selaku juara kumpulan dengan mencatat 3 kemenangan, 2 seri dan 1 kekalahan. Di peringkat Suku Akhir mereka diundi bertemu dengan pasukan Harimau Selatan iaitu Darul Takzim FC di mana pada peringkat pertama mereka mengalami kekalahan 2-4 di tempat lawan dan bangkit di stadium keramat mereka dengan membelasah Darul Takzim FC dengan jaringan kemenangan 6-1. 

Laluan di peringkat separuh akhir pula mempertemukan mereka dengan pasukan ATM FA di mana pada perlawanan pertama mereka berjaya menundukkan pasukan ATM FA di gelanggang lawan dengan jaringan 2-1 sebelum saingan lebih sengit diterima di stadium sendiri di mana anak-anak buah Bojan Hodak bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk mencatat keputusan seri 2-2 seterusnya mara ke perlawanan akhir dengan agregat 4-3 mengatasi ATM FA.

Pasukan Kelantan sangat bertuah kerana memiliki barisan pemain yang serba lengkap seperti ketua pasukan mereka Badhrul Radzi aka Piya, penjaga gol kebangsan Khairul Fahmi Che Mat aka Apek dan pemain-pemain seperti Nik Shahrul Azim, Obinha Nwaneri, Norfarhan, Indra Putra, Dickson Nwakame, Shakir Shaari serta pemain-pemain lain yang berjaya membentuk satu gandingan mantap memastikan kejayaan mereka mara ke Perlawanan Akhir Watsons Piala Malaysia 2013 menentang pasukan Pahang. 

PERINGKAT KUMPULAN 



SUKU AKHIR


SEPARUH AKHIR

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa