Nuffnang Ads

Khamis, 31 Oktober 2013

Football : Capital One Cup 2013 Quaterfinal Draw

Piala Liga 2013 atau Capital One Cup 2013 telah memasuki pusingan suku akhir dengan lapan pasukan akan bersaing pada 16 Disember 2013 untuk menentukan 4 pasukan yang kana mara ke pusingan separuh akhir. Pasukan-pasukan pilihan seperti Manchester United, Manchester City, Chelsea dan Tottenham Hotspur berjaya mengelakkan daripada diundi bertemu sesama sendiri. Berikut adalah keputusan undian perlawanan suku akhir Capital One Cup 2013 akan datang :

Leicester City vs Manchester City
Stoke City vs Manchester United
Sunderland vs Chelsea
Tottenham Hotspur vs West Ham 
  

Football : FIFA Coach of The Year 2013 Nominees

Anugerah Jurulatih terbaik tahun 2013 memberi pengiktirafan kepada jurulatih pasukan kelab ataupun pasukan negara yang berjaya membawa pasukan ke tahap yang cemerlang. Anugerah berprestij bolasepak ini akan diadakan di ibu pejabat FIFA di Switzerland dengan 10 jurulatih terbaik telah disenaraipendekkan untuk merebut anugerah jurulatih terbaik tahun 2013. Antara jurulatih yang disebut-sebut bakal memenangi anugerah ini ialah bekas jurulatih FC Bayer Munich, Jupp Heynckes yang berjaya membawa kelabnya FC Bayern Munich menjuarai kejuaraan treble iaitu Bundesliga, Piala Juara-juara Eropah dan Piala Liga Jerman. 

Seramai 3 jurulatih akan disenaraipendekkan pada 29 November 2013 dan akan merebut anugerah jurulatih terbaik 2013 akan datang. Berikut adalah senaraipendek 10 jurulatih yang yang bakal merebut anugerah Jurulatih Tahunan 2013 akan datang : 

Carlo Ancelotti (Paris Saint-Germain/Real Madrid)
Rafael Benítez (Chelsea/Napoli)
Antonio Conte (Juventus)
Vicente Del Bosque (Spain)
Sir Alex Ferguson (Manchester United)
Jupp Heynckes (Bayern Munich)
Jürgen Klopp (Borussia Dortmund)
José Mourinho (Real Madrid/Chelsea)
Luiz Felipe Scolari (Brazil)
Arsène Wenger (Arsenal)

Football : FIFA Ballon d'Or 2013 Nominees

Anugerah berprestij Bola Sepak untuk pemain terbaik dunia 2013 atau Ballon d'Or 2013 akan berlangsung pada 7 Januari 2014 di Ibu Pejabat FIFA di Switzerland. Seramai 23 pemain telah disenaraipendekkan bagi menerima anugerah pemain terbaik dunia 2013. Ini termasuklah pemain terbaik dunia 4 kali berturut-turut sejak tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012 iaitu Lionel Messi dari pasukan FC Barcelona dan pasukan kebangsaan Argentina. Antara pemain-pemain lain yang disenaraikan ialah Cristiano Ronaldo (Real Madrid/Portugal), pemain terbaik Eropah 2013 Franck Ribery (FC Bayern/Perancis), Zlatan Ibrahimovic (PSG, Sweden) dan Gareth Bale (Real Madrid/Wales). 

Untuk tahun ini, tiada pemain dari England yang disenaraipendekkan dalam Ballon d'Or 2013. Senaraipendek 3 pemain yang bakal merebut anugerah Ballon d'Or 2013 akan diumumkan pada 29 November 2013 ini. Berikut adalah senarai 23 pemain yang tercalon untuk anugerah Ballon d'Or 2013 akan datang :

Gareth Bale (Wales/Tottenham Hotspur/Real Madrid)
Edinson Cavani (Uruguay/Napoli/Paris Saint Germain)
Radamel Falcao (Colombia/Atletico Madrid/Monaco)
Eden Hazard (Belgium/Chelsea)
Zlatan Ibrahimović (Sweden/AC Milan/Paris Saint Germain)
Andrés Iniesta (Spain/Barcelona)
Philipp Lahm (Germany/Bayern Munich)
Robert Lewandowski (Poland/Borussia Dortmund)
Lionel Messi (Argentina/Barcelona)
Thomas Müller (Germany/Bayern Munich)
Manuel Neuer (Germany/Bayer Munich)
Neymar (Brazil/Santos/Barcelona)
Mesut Özil (Germany/Real Madrid/Arsenal)
Andrea Pirlo (Italy/Juventus)
Franck Ribéry (France/Bayern Munich)
Arjen Robben (Netherlands/Bayern Munich)
Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid)
Bastian Schweinsteiger (Germany/Bayern Munich)
Luis Suárez (Uruguay/Liverpool)
Thiago Silva (Brazil/Paris Saint Germain)
Yaya Touré (Ivory Coast/Manchester City)
Robin Van Persie (Netherlands/Manchester United)
Xavi (Spain/Barcelona).

Bola Sepak : Preview Pasukan Pahang

Perlawanan akhir Watsons Piala Malaysia 2013 akan menemukan 2 pasukan gergasi Pantai Timur iaitu Pahang dan Kelantan. Pasukan Pahang di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman Dollah Salleh berjaya mara ke perlawanan akhir dengan bergaya apabila berjaya mengenepikan pasukan pilihan lain. Nyata pasukan Pahang berada pada kelas yang tersendiri dengan gandingan mantap setiap pemain di setiap posisi.

Laluan pasukan Pahang ke perlawanan akhir dikira cukup berliku apatah lagi sama-sama diundi dengan finalis Piala Malaysia 2013, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan dalam Kumpulan C atau Kumpulan Maut. Berjaya melepasi halangan di saat-saat akhir hasil keputusan seri pasukan pencabar terdekat mereka iaitu Negeri Sembilan yang sekadar seri dengan Terengganu dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Mereka menamatkan cabaran di tempat kedua mengiringi pasukan Kelantan ke peringkat suku akhir dan diundi menentang pasukan PKNS FC.

Di peringkat suku akhir, Pahang tidak lagi menoleh ke belakang apabila berjaya menewaskan pasukan yang mencatat keputusan baik di peringkat Kumpulan B apabila berjaya menewaskan pasukan PKNS FC dengan agregat 5-3 hasil kemenangan 3-2 di tempat sendiri dan 2-1 di gelanggang lawan.

Di peringkat separuh akhir ujian lebih getir ditempuhi mereka apabila bertemu dengan pasukan juara Liga Premier 2013 yang sangat cemerlang dengan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri. Cabaran pasukan Sarawak berjaya diatasi apabila berjaya menundukkan mereka dengan agregat 4-2 hasil kemenangan 3-1 di gelanggang sendiri dan 1-1 di gelanggang lawan.

Untuk perlawanan akhir, pasukan Pahang sememangnya bertuah apabila mempunyai seorang jurulatih yang berpengalaman mengatur corak permainan pasukan di samping mempunyai kombinasi pemain-pemain tempatan dan import yang sama-sama bekerja sebagai satu pasukan antaranya Damion Stewart, Razman Roslan, Jalaluddin Jaafar, Azamuddin Akil, Matias Conti, R. Gopinathan, R. Surendran, Amirul Hadi dan ramai lagi. Sememangnya kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 sangat dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak tempatan dan semoga kita disajukan dengan corak permainan terbaaik kedua-dua pasukan.


PERINGKAT KUMPULAN

SUKU AKHIR



SEPARUH AKHIR 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa