Nuffnang Ads

Isnin, 4 November 2013

Bola Sepak : Fakta Ringkas Piala Malaysia 2013

Saingan Piala Malaysia 2013 telahpun berakhir dengan kejuaraan milik pasukan Tok Gajah, Pahang di bawah bimbingan jurulatih Dollah Salleh berjaya menewaskan seteru pantai timur Kelantan The Red Warrior di bawah kendalian jurulatih Bojan Hodak dengan keputusan tipis 1-0. Gol kemenangan pasukan Pahang diperolehi oleh penyerang import berbisa mereka, Matias Conti yang menanduk masuk hantaran silang Azamuddin Akil pada minit ke 59. Gol tersebut sekaligus mengakhiri kemarau 21 tahun kejuaraan Piala Malaysia bagi pasukan Pahang.

Dengan kejayaan ini, pasukan Pahang menamatkan musim bola sepak Malaysia bagi tahun 2013 dengan kejayaan membanggakan. Berikut adalah serba ringkas mengenai fakta Piala Malaysia 2013 :

Juara : Pahang

Naib Juara : Kelantan

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Azamuddin Akil (Pahang)

Jumlah Pasukan : 16 Pasukan

Jumlah Perlawanan : 61 Perlawanan

Jumlah Jaringan : 194 Gol

Jumlah Gol Sendiri : 4 Gol 

Penjaring Terbanyak : Marlon Alex James (ATM FA) & Matias Conti (Pahang)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa