Nuffnang Ads

Rabu, 6 November 2013

Bola Sepak : Pasukan Johor Darul Ta'zim FC musim 2014

Musim Liga Malaysia 2013 telahpun berakhir pada 4 November 2013 yang lalu dengan pasukan Pahang berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2013. Musim Liga Malaysia 2014 dijangka bermula pada 18 Januari 2014 akan datang. Sehingga kini, setiap pasukan sedang giat menjalankan persiapan bagi menghadapi musim Liga Malaysia 2014 akan datang. Antara pasukan yang membuat persiapan rapi adalah pasukan Johor Darul Ta'zim FC atau Darul Ta'zim FC yang berbelanja besar bagi membentuk pasukan serba mantap untuk musim 2014 akan datang. 
Nyata pasukan Johor sangat seius menghadapi musim 2014 apabila mengikat jurulatih dari Sepanyol iaitu Cesar Fernando Jiminez yang pernah melatih pasukan gergasi Liga Primera Sepanyol, Atletico Madrid. Selain itu, JDT di bawah pimpinan Tengku Mahkota Johor juga mengikat bintang import dari Argentina yang pernah mewakili kelab Benfica di Portugal dan Valencia di Sepanyol iaitu Pablo Aimar dan bekas pemain bawah 23 tahun Sepanyol, Braulio Nobrega Rodriguez. Hariss Harun dari pasukan Singapore Lions XII pula bakal mencukupkan kuota pemain import pasukan JDT.
 

Selain pemain import berprofail tinggi ini, JDT juga membawa masuk pemain-pemain ternama Liga Malaysia seperti Azizi Mat Rose, S. Subramaniam, Daudsu Jamaluddin (Kelantan), Mahali Jasuli, Norazlan Razali, Amri Yahya, Asraruddin Putra (Selangor), Fadhli Shas, Izham Tarmizi, Irfan Fazail (Harimau Muda A), Nazrin Nawi (Negeri Sembilan) dan pemain-pemain lain untuk memantapkan pasukan mereka musim depan. Pasukan JDT pastinya menjadi antara pasukan pilihan mengungguli Liga Malaysia 2014 akan datang.

Berikut adalah senarai pemain JDT bagi musim 2014 berdasarkan kepada laman web www.johorsoutherntigers.com.my . Namun begitu senarai akhir pemain hanya akan disahkan oleh pengurusan JDT sebelum jendela perpindahan dan pendaftaran pemain ditutup pada Disember 2013. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa