Nuffnang Ads

Isnin, 11 November 2013

Bola Sepak : Pasukan Selangor The Red Giants Musim 2014

Musim Liga Bola Sepak Malaysia 2013 telah berakhir di mana juara piala-piala yang dipertandingkan telahpun dinobatkan kepada pasukan yang berjaya. Musim 2013 menyaksikan pasukan Selangor sekadar menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kedua iaitu 3 mata di belakang juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII. Manakala dalam aksi Piala Malaysia 2013, pasukan Selangor gagal melangkah ke suku akhir apabila terkandas di peringkat kumpulan. Kejayaan pasukan Selangor menamatkan saingan di kedudukan kedua melayakkan mereka bermain dalam Kejohanan Piala AFC 2014 akan datang. Bagi musim 2014 akan datang, pasukan Selangor adalah antara pasukan yang giat menjalankan persiapan bagi menghadapi musim Liga Malaysia 2014 akan datang. Persatuan Bola Sepak Selangor telah melantik bekas pemain pertahanan kental mereka satu ketika dahulu iaitu Mehmet Durakovic dari Australia selaku Ketua Jurulatih musim akan datang.

Pasukan Selangor juga telah memancing pemain -pemain baru bagi menghadapi musim akan datang antaranya ialah penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias, Mohd. Shahrom Kalam, Abdul Hadi Yahya (Perak), Mohd. Azmi Muslim, Mohd. Nazri Ahmad (Darul Takzim FC), Mohd. Hamsani Ahmad (Negeri Sembilan), Rizal Fahmi Rosid (Kelantan) serta penyerang Harimau Muda A, A.Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri. Selangor juga berjaya mendapatkan penyerang import berbisa yang mewakili Perak musim lalu, Paolo Rangel bagi mengemudi jentera serangan mereka musim depan. Selain pemain-pemain ini, penyerang kebangsaan Safee Sali juga dikhabarkan bakal menyarung jersi pasukan The Red Giant musim depan. Beberapa pemain musim lalu juga turut dikekalkan antaranya ialah S.Kunalan, K.Gurusamy, S.Veenod, Fitri Syazwan, Syukor Jusoh, Raimi Md. Nor, Bunyamin Omar dan pemain-pemain lain.

Namun begitu, cabaran musim akan datang pastinya lebih getir apabila mereka kehilangan beberapa orang pemain tonggak utama pasukan musim lalu seperti penjaga gol, Norazlan Razali, Asraruddin Putra, Mahali Jasuli dan Amri Yahyah kepada Darul Takzim FC manakala Nasriq Baharom dan K.Solihin kepada Felda United. Selangor juga dikhabarkan berminat untuk mendapatkan semula bekas pemain mereka, Safee Sali selain pemain lincah Indonesia, Andik Vermansyah bagi saingan musim akan datang.

Untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang, Bual Sukan melihat pasukan Selangor antara pasukan pilihan untuk mengungguli Liga Bola Sepak Malaysia 2014 akan datang.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa