Nuffnang Ads

Selasa, 12 November 2013

Bola Sepak : Pasukan Kelantan The Red Warriors Musim 2014

Musim panjang Liga Malaysia 2013 telah berakhir pada 4 November 2013 yang lalu. Bagi musim baru Liga Malaysia 2014 akan datang, setiap pasukan sedang giat menjalankan pemilihan pemain baru selain memancing pemain-pemain daripada pasukan-pasukan lain untuk memperkuatkan pasukan bagi menghadapi musim 2014. Pasukan juara treble musim 2012 juga tidak terkecuali mempersiapkan pasukan mereka untuk musim akan datang dengan melantik bekas jurulatih pasukan bawah 23 Thailand, Steve Darby menggantikan jurulatih Croatia, Bojan Hodak yang diberitakan mungkin berhijrah ke Liga Thailand bagi musim 2014 akan datang.

Musim Liga Malaysia 2013 yang lalu menyaksikan pasukan Kelantan menamatkan aksi selaku naib juara Piala Malaysia 2013, tempat keempat untuk Liga Super 2013, juara Piala FA 2013, naib juara Piala Sumbangsih 2013 selain mewakili negara ke Kejohanan Piala AFC 2013. Untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang, pasukan Kelantan pastinya menghadapi kesukaran apabila dilaporkan beberapa pemain utama musim lalu berhijrah meninggalkan pasukan The Red Warriors antaranya Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhammad, Daudsu Jamaluddin, Azizi Che Ros, Rizal Fahmi Rosid, S.Subramaniam, Shakir Shaari, Izwan Solahuddin dan beberapa pemain lagi. Antara pemain yang bakal menyarung jersi pasukan Kelantan bagi musim akan datang ialah bekas penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Ali dan pemain Harimau Muda A, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria. 

Pasukan Kelandan pastinya cukup bertuah apabila ketua pasukan mereka yang merupakan antara pemain terbaik Liga Malaysia masakini, Mohd. Badhri Radzi aka Piya dijangka terus kekal bersama pasukan musim akan datang. Selain itu juga, penjaga gol utama kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat aka Apek, pertahanan import kental dari Nigeria Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak dan beberapa pemain musim lalu akan terus mencurah keringat bersama pasukan Kelantan untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang. 

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Kelantan pastinya adalah antara pasukan pilihan untuk kancah Liga Malaysia 2014 akan datang dengan sokongan padu pihak pengurusan selain sorakan bersemangat penyokong The Red Warriors yang pastinya menyemarakkan lagi semangat pemain-pemain Kelantan. Berikut adalah senarai nama pemain pasukan Kelantan The Red Warriors musim 2014 akan datang :

Penjaga Gol : 
Khairul Fahmi Che Mat, Shahrizan Ismail, Syazwan Yusoff

Pertahanan : 
Aziz Ismail, Faiz Suhaimi, Tuan Faim, Faizul Nazlin Sayuti, Nik Shahrul Azim, Zairul Fitree Ishak, Farisham ismail, Nazri Ahmad, Obinna Nwaneri

Tengah : 
Mohd. Badhri Radzi, Mohamad Shawky, Amar Rohidan, Brendan Gan, Khairul Izuan Rosli, Tengku Hasbullah Raja Hassan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria

Penyerang : 
Mohammad Ghaddar, Francis Forkey Doe, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Shakir Ali, Famirul Asyraf Sayuti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa