Nuffnang Ads

Khamis, 14 November 2013

Bola Sepak : Pasukan Perak Musim 2014

Sepak mula Liga Bola Sepak Malaysia 2014 akan bermula pada bulan Januari 2014 akan datang. Musim Liga Malaysia 2013 merupakan antara musim yang pastinya tidak akan dilupakan oleh pasukan Perak di mana tindakan drastik Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menggantung pasukan Perak berikutan kekalahan memalukan 1-6 kepada pasukan Sarawak dalam saingan Piala Malaysia 2013 lalu. Namun begitu, bagi musim 2014 akan datang, perkara ini seharusnya tidak mengganggu fokus pasukan Perak menghadapi saingan Liga Super 2014. Dalam saingan Liga Super 2013 yang lalu, pasukan Perak sekadar menatkan saingan di kedudukan ketujuh liga.

Bagi menghadapi musim 2014 akan datang, pasukan Perak turut membuat rombakan besar-besaran di mana PAFA telah melantik jurulatih Piala Presiden Perak yang juga merupakan bekas pemain Perak iaitu Abu Bakar Fadzim selaku Ketua Jurulatih Perak. Walaupun dilihat kurang berpengalaman di peringkat tertinggi, namun tidak mustahil beliau mampu mencorakkan pasukan Perak musim akan datang selaku pasukan underdog. 

Pasukan Seladang juga turut melepaskan pemain-pemain utama seperti ketua pasukan musim lalu, Shahrulnizam Mustapha, Shahrom Kalam, Farizal Marlias, Abdul Hadi Yahya, S. Chanturu, Paolo Rangel, Rafael Souza, Rafiuddin Rodin dan beberapa pemain lagi. Pasukan Seladang mengekalkan beberapa pemain musim lalu antaranya Nasir Basharuddin, Noor Hazrul Mustafa, Hisyamuddin Shaari, Yong Koung Yong dan beberapa pemain lagi dan berjaya mendapatkan pemain-pemain baru seperti Hardi Jaafar, Shahrizal Saad, Azmeer Yusof serta dikaitkan dengan ketua pasukan bawah 23 tahun Myanmar Kyaw Zayar Win. 

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Perak pastinya akan memberikan laluan sukar kepada pasukan-pasukan lain dan tidak mustahil mampu melakukan kejutan dalam Liga Malaysia 2014 akan datang. Dengan keupayaan pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda, Perak pastinya akan mencabar kejuaraan Liga Malaysia 2014 akan datang.   

Bola Sepak : Liga Malaysia 2014

Musim Liga Malaysia 2014 dijadualkan bermula pada 17 Januari 2014 di mana sepak mula adalah di antara Juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII bertemu Juara Piala Malaysia 2013, Pahang Darul Makmur di Stadium Shah Alam, Selangor. Liga Malaysia 2014 pastinya akan ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tempatan apatah lagi pada musim akan datang, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan setiap pasukan mendaftar 3 pemain import di mana seorang kuota pemain import adalah dari Asia. 

Musim depan juga, peminat bola sepak tempatan dapat menyaksikan kelibat bekas pemain kebangsaan Argentina iaitu Pablo Aimar yang bakal menyarung jersi pasukan Johor Darul Takzim FC beraksi selain melihat pasukan-pasukan kesayangan beraksi dengan barisan pemain-pemain terbaik. Selain itu juga, musim depan adalah liga terakhir sebelum Liga Malaysia diswastakan pada 2015. Liga Bola Sepak Malaysia 2014 bakal menyaksikan 12 pasukan bersaing dalam Liga Super manakala 12 pasukan beraksi dalam Liga Premier Berikut adalah tarikh-tarikh yang dikeluarkan oleh FAM untuk musim Liga Malaysia 2013 akan datang :

23 November 2013 - Undian Liga Malaysia 2014

4 Disember 2013 - Tarikh akhir pendaftaran pemain import

17 Disember 2013 - Tarikh akhir pendaftaran pemain tempatan

17 Januari 2014 - Piala Sultan Hj. Ahmad Shah/Piala Sumbangsih

18 Januari 2014 - Sepak mula Liga Super 2014

24 Januari 2014 - Sepak mula Liga Premier 2014

Bola Sepak : Pasukan Terengganu The Turtles Musim 2014

Liga Bola Sepak Malaysia musim 2014 dijangka bermula pada bulan Januari 2014 akan datang dengan perebutan gelaran juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2014 menjadi rebutan antara pasukan juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII dan juara Piala Malaysia 2013, Pahang. Untuk menghadapi musim 2014 akan datang, setiap pasukan kini sedang giat mempersiapkan pasukan masing-masing dengan barisan pengurusan, kejurulatihan serta gabungan pemain yang mantap untuk saingan akan datang. Antaranya pasukan Terengganu yang membuat rombakan besar-besaran ke atas pasukan mereka musim lalu di mana skuad musim lalu nyata gagal menamatkan saingan di kedudukan yang baik di mana mereka sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke 9 selain gagal gagal melangkah jauh dalam Piala Malaysia 2013.

Bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang, pengurusan baru pasukan Terengganu telah melantik Hj. Abdul Rahman Ibrahim untuk membimbing pasukan Sang Penyu menghadapi musim akan datang. Hj. Abdul Rahman Ibrahim bukan asing bagi pasukan Terengganu kerana pernah melatih pasukan Terengganu sebanyak 2 kali sebelum ini. Kehadiran semula Hj. Abdul Rahman Ibrahim yang pernah melatih pasukan kebangsaan dan beberapa negeri dan kelab di Liga Malaysia untuk melatih pasukan Sang Penyu musim 2014 nyata menunjukkan betapa seriusnya pasukan Terengganu mengangkat semula arena bola sepak negeri Terengganu.    

Selain itu juga, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) juga berjaya mendapatkan beberapa pemain anak jati Terengganu kembali mewakili pasukan untuk musim 2014 akan datang. Antaranya ialah kepulangan semula Nor Farhan Muhammad dari pasukan Kelantan yang sebelum ini dikaitkan dengan pasukan Johor Darul Takzim FC (JDT), Zairo Anuar Zailani dan Faiz Subri (Kelantan), bekas penjaga gol kebangsaan Mohd. Sharbinee Allawee Ramli (Selangor), Izzat Fariq Ramlan (Harimau Muda A), Azlan Zainal dan Mohd. Nor Hakim Hassan (PKNS FC) serta beberapa pemain lagi. Pasukan Terengganu juga turut mengekalkan pemain-pemain musim lalu seperti Ashaari Shamsudin, Abdul Manaf Mamat, Zubir Azmi, Sharmiza Yusuf, Ismail Faruqi, Vincent Bikana dan pemain-pemain lain. 

Pada pandangan Bual Sukan, dengan perancangan taktikal Hj. Abdul Rahman Ibrahim serta kekuatan pemain-pemain, pasukan Terengganu pada musim depan adalah antara pasukan yang bakal mencabar kelompok 5 pasukan terbaik Liga Malaysia 2014. Semoga berjaya kepada pasukan Terengganu Sang Penyu pada musim akan datang. Berikut adalah senarai pemain pasukan Terengganu musim 2014 :

Penjaga Gol :
1 Mohd Izzuddin Hussin, 24 Mohd Shamirza Yusoff, 25 Mohd Sharbinee Allawee Ramli

Pertahanan :

2 Mazlizam Muhammad (T-TEAM), 3 Mohd Muhaimin Omar, 5 Vincent Bikana (Cameroon), 6 Nik Zul Aziz Nawawi,11 Ahmad Azlan Zainal (PKNS FC), 13 Hasmizan Kamarodin, 16 Mohd Zubir Md Azmi

Tengah :

7 Zairol Anuar Zailani(Kelantan), 8 Ismail Faruqi Ashaari, 14 Muhammad Fakhrurazi Musa, 15 Nasril Izzat Jalil, 17 Mohd Khairul Ramadhan Zauwawi, 18 Ahmad Nordin Alias, 20 Mario Karlovic (Australia), 21 Mohd Nor Hakim Hassan (PKNS), 22 Mohd Ashaari Shamsudin

Penyerang :

4 Abd.Manaf Mamat, 9 Marcio Souza da Silva (Brazil), 10 Norfarhan Mohammad, 12 Izzaq Farris Ramlan (Harimau Muda A), 19 Mamadou Hady Bary (Guinea), 23 Mohd Faiz Subri (Kelantan)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa