Nuffnang Ads

Isnin, 25 November 2013

Hoki : Senarai Pemain Hoki Malaysia ke Piala Dunia Remaja 2013

Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 akan berlangsung dari 6 hingga 15 Disember 2013 dengan New Delhi, India akan menjadi tuan rumah kejohanan edisi ke-10 ini. 16 pasukan telah melayakkan diri ke kejohanan ini dengan setiap pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir manakala pasukan di tangga ketiga setiap kumpulan akan bersaing merebut tempat ke 7 hingga 12 manakala pasukan di tangga keempat setiap kumpulan pula akan bersaing merebut tempat ke 13 hingga 16. 

Untuk kejohanan kali ini, Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) serta ketua jurulatih pasukan remaja negara, Dharma Raj Abdullah meletakkan sasaran untuk mara ke pusingan suku akhir atau 8 pasukan terbaik. Pasukan negara diundi dalam Kumpulan D bersama-sama dengan pasukan Afrika Selatan, England dan New Zealand. Pasukan remaja negara dijadualkan membuka tirai perlawanan dengan menentang New Zealand pada 6 Disember diikuti dengan menentang pasukan Afrika Selatan (8 Disember) dan menutup tirai perlawanan Kumpulan D dengan menentang pasukan England (9 Disember).

Pasukan hoki remaja negara akan diketuai oleh pemain berpengalaman iaitu Mohd. Fitri Saari selaku ketua pasukan. Berikut adalah senarai pendek 18 pemain remaja negara yang akan menggalas cabaran pasukan Malaysia ke Kejohanan Piala Dunia Remaja 2013 akan datang :       

1. Muhammad Hafizuddin Othman
2. Mohd Zulhairi Hashim
3. Joel Samuel van Huizen
4. Mohd Nor Aqmal Abdul Gaffar 
5. Muhammad Hafiz Zainol
6. Mohd Fitri Saari (Ketua Pasukan)
7. Meor Muhammad Azuan Hassan
8. Shazril Irwan Nazli
9. Muhammad Firhan Ashaari
10. Muhammad Rashid Baharom
11. Mohamad Syamim Mohd Yusof
12. Muhammad Haziq Samsul
13. Muhammad Shahril Saabah
14. Muhammad Hazrul Faiz Ahmad Sobri
15. Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin
16. Kavin Kartik Govindasamy
17. Muhammad Azri Hassan,
18. Faiz Helmi Jali

Bual Sukan percaya pasukan remaja negara mampu untuk melakar kejutan dalam kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 akan datang jika segala perancangan strategi dan taktikal yang diatur berjaya diterapkan dalam kejohanan ini. Semoga perjuangan pasukan remaja negara membuahkan kejayaan manis kepada persada sukan tanahair.   

Bola Sepak : Pasukan Sarawak Musim 2014

Pasukan Juara Liga Premier 2013, Sarawak merupakan antara kelompok pasukan terbaik Liga Malaysia musim ini. Selain muncul juara Liga Premier 2013, pasukan Sarawak juga berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selain mara ke peringkat suku akhir Piala FA 2013. Lebih manis lagi, kejayaan membanggakan mereka iaitu muncul satu-satunya pasukan yang berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri sepanjang musim lalu dalam semua perlawanan. Pasukan di bawah kendalian ketua jurulatih berpengalaman Robert Alberts ini pastinya akan meneruskan momentum kejayaan pasukan yang terkenal dengan gelaran "Ngap Sayot" bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia 2014 akan datang. 

Untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang, pasukan Sarawak mengekalkan kebanyakan pemain musim 2013 seperti Mafry Balang, Joseph Kalang Tie, Zamri Morshidi, Ashri Chucu, Junior Eldstal, Sani Anuar Kamsani, Hairol Mokhtar, Ronny Harun, Shahrol Saperi dan beberapa pemain lain selain mengekalkan penyerang import berbisa mereka Muamer Salibasic. Selain itu, bagi memantapkan pasukan mereka musim akan datang, pasukan Sarawak telah menandatangani bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal, S.Chanturu dan Reshafiq Alwi serta beberapa pemain lain dari pasukan-pasukan lain. Musim Liga Malaysia 2014 akan datang, Sarawak akan kehilangan penjaring terbanyak Liga Premier 2013 bagi pasukan Sarawak iaitu Bobby Gonzales yang berhijrah ke pasukan Liga Premier 2014, PDRM FA bagi musim hadapan.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Sarawak pastinya akan menempatkan pasukan mereka di kelompok 5 pasukan terbaik bagi musim Liga Super 2014 akan datang. Pasukan Sarawak juga dijangka mampu mencabar kelompok pasukan-pasukan pilihan seperti juara Liga Super musim lalu, Lions XII, Selangor, Johor Darul Takzim FC, Kelantan serta pasukan-pasukan lain. Tidak mustahil kejutan mampu dilakukan oleh pasukan Sarawak bagi musim akan datang. Berikut ialah senarai pemain Sarawak bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang :

Penjaga Gol:
1 Mohamad Fadzley bin Abdul Rahim (KL DRB Hicom), 18 Aidil bin Mohamed, 22 Sani Anuar bin Kamsani

Pertahanan:

2 Ronny bin Harun, 3 Marwandi bin Zekaria, 4 Mafry bin Balang, 12 Rames a/l Lai Ban Huat, 13 Mohamad Dzulazlan bin Ibrahim, 17 Mohd Hairol bin Mokhtar, 25 Muhammad Dzulfadli bin Awang Marajeh, Gabor Gyepes (32, Hungary, Videoton FC, Hungary)

Tengah:

6 Mohd Lot bin Abu Hassan (Selangor PKNS FC), 7 Zamri bin Morshidi, 8 Reshafiq Alwi (Selangor PKNS FC), 9 Mohamad Rashid bin Mohamed Aya (Johor FA), 11 Ashri bin ChuChu, 15 Putera Nadhe Amarhan Maderner, 16 Mohamad Shahrol bin Saperi, 19 Joseph Kalang Tie, 21 Azizan bin Saperi, 24 Dalglish Papin anak Test


Penyerang:
5 Milorad Janjus (Serbia, SHB Danang FC Vietnam), 10 Muamer Salibasic (Bosnia), 14 Akhmal Rizal bin Ahmad Rakhli (Kedah), 20 Alireza Abbasfard (32, Iran, Rahahan Tehran FC, Iran), 23 Chanturu a/l Suppiah (Perak) 

Cycling : Le Tour de Langkawi 2014

Kejohanan Lumba Berbasikal berprestij negara Le Tour de Langkawi 2014 merupakan edisi kali ke-19 penganjurannya. Kejohanan edisi 2014 akan diadakan bermula pada 27 Februari 2014 sehingga 8 Mac 2014 melibatkan 10 peringkat sejauh 1,506.5 km. Bagi edisi tahun 2014, perlumbaan kembali dimulakan di Langkawi dan dijadualkan berakhir di Kuala Terengganu. Seperti tahun-tahun lalu, perlumbaan mendaki Genting Highlands pada peringkat ke-4 pastinya menjadi peringkat paling mencabar kepada pelumba-pelumba yang mengambil bahagian. 

Perlumbaan LTdL 2014 mendapat status 2.0 daripada UCI di mana ia merupakan antara jelajah terbesar di peringkat rantau Asia. Pelumba-pelumba berbasikal negara pastinya akan berusaha mempamerkan aksi serta kayuhan menarik bagi mencatat keputusan yang membanggakan sukan lumba berbasikal negara. Berikut adalah 10 peringkat perlumbaan LTdL 2014 akan datang :


Peringkat 1 : 27 Februari 2014 - Langkawi (101.1 km)
Peringkat 2 : 28 Februari 2014 - Sg.Petani - Taiping (132.5 km)
Peringkat 3 : 1 Mac 2014 - Kampar - Kuala Lumpur (166.6 km)
Peringkat 4 : 2 Mac 2014 - Subang - Genting Highlands (110.9 km)
Peringkat 5 : 3 Mac 2014 - Karak - Rembau (139.3 km)
Peringkat 6 : 4 Mac 2014 - Melaka - Pontian (199.1 km)
Peringkat 7 : 5 Mac 2014 - Kota Tinggi - Pekan (230.1 km)
Peringkat 8 : 6 Mac 2014 - Kuantan - Marang (202.6 km)
Peringkat 9 : 7 Mac 2014 - Bandar Permaisuri - Kuala Terengganu (109.7 km)
Peringkat 10 : 8 Mac 2014 - Tasik Kenyir - Kuala Terengganu (114.7 km)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa