Nuffnang Ads

Selasa, 3 Disember 2013

Bola Sepak : Senarai Pemain Import Liga Super 2014

Musim baru Liga Super 2014 akan bermula pada Januari 2014 akan datang di mana pada musim depan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membenarkan setiap pasukan untuk mendaftarkan 4 pemain import meliputi 3 pemain import dari mana-mana benua serta 1 kuota pemain import dari benua Asia. Sehingga kini setiap pasukan sedang giat menjalankan pemilihan pemain-pemain import baru yang berkualiti bagi menghadapi saingan Liga Super 2014 akan datang. Setiap pasukan harus berhati-hati memilih pemain import agar kualiti pemain yang dipilih setanding dengan pelaburan yang dikeluarkan pasukan masing-masing.

Dengan penambahan kuota pemain import, Bual Sukan percaya Liga Super 2014 akan datang pastinya akan lebih menarik peminat-peminat bola sepak tempatan menyaksikan kelibat pemain-pemain import berkualiti selain bakat-bakat tempatan yang pastinya akan menunjukkan prestasi terbaik untuk pasukan masing-masing. Mengikut tarikh pendaftaran pemain import yang dikeluarkan oleh FAM, 4 Disember 2013 merupakan tarikh akhir pendaftaran pemain. Namun begitu terdapat khabar angin mengatakan tarikh ini mungkin akan dilanjutkan oleh FAM. Berikut adalah senarai tidak rasmi pemain import setiap pasukan bagi musim Liga Super 2014 akan datang :

Selangor : 
Paolo Rangel (Brazil), Junior Aperecido (Brazil), Andik Vermansyah (Indonesia), Steve Pandelitis (Australia)

Johor Darul Takzim FC : 
Pablo Aimar (Argentina), Luciano Figeroa (Argentina), Baihaki Khaizan (Singapura), Hariss Harun (Singapura)

Kelantan : 
Obinha Nwaneri (Nigeria), Francis Forkey Doe (Liberia), Mohamad Shawky (Mesir), Muhammad Ghaddar (Lubnan), Brendan Gan (Australia)

ATM FA : 
Marlon Alex James (St. Vincent & Grenadines), Bruno Martellotto (Argentina), Juan Manuel Arostegui (Argentina), Spase Dilveski (Australia)

Pahang : 
Damion Stewart (Jamaica), Dickson Nwakamae (Nigeria), Matias Conti (Argentina), Zesh Rahman (Pakistan)

Perak :
 Martin Kafando (Burkina Faso), Kyaw Zayar Win (Myanmar), Eliel da Cruz Guardiano (Brazil), Zelimir Terkes (Bosnia)

PKNS FC : 
Patrick Wleh Ronaldinho (Liberia), Karlo Primorac (Croatia), Hamka Hamzah (Indonesia), Kim Dong Chan (Korea Selatan)

Terengganu : 
Vincent Bikana (Cameroon), Marcio Souza Da Silva (Brazil), Mamadou Hady Barry (Guinea), Mario Karlovic (Australia)

T-Team : 
Patrick Wanggai (Indonesia), Fabio Flor (Brazil), Nelson Sam Martin (Chile), Evaldo Goncalves (Brazil)

Sarawak : 
Muamer Salibasic (Bosnia), Gabor Gyepes (Hungary), Alireza Abbasfard (Iran), Milorad Janjus (Serbia)

Sime Darby FC :
Dilshod Sharofetdimov (Uzbekistan), Mahmoud Amnah (Syria), William Mensah (Ghana), Wisdom Agblexo (Ghana)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa