Nuffnang Ads

Khamis, 5 Disember 2013

Bola Sepak : Senarai Pemain Harimau Muda A ke Sukan Sea 2013

Pasukan Harimau Muda A di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee selaku juara bertahan yang juga pemenang pingat emas untuk 2 edisi Sukan SEA yang lalu telah menyenaraikan 20 pemain diketuai oleh ketua pasukan, Irfan Fazail. Namun begitu, persiapan pasukan negara sedikit terencat apabila ramai pemain tidak dapat beraksi akibat kecederaan yang dialami antaranya Wan Zack Haikal, Junior Eldstal, Wan Zaharulnizam, Syahrul Azwari, Fandi Othman, Nik Shahrul Azim serta beberapa pemain lain.

Pasukan negara diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan pasukan Brunei, Filipina, Laos, Singapura dan Vietnam. Namun begitu pasukan Filipina telah menarik diri dalam acara bolasepak. Malaysia akan membuka tirai perlawanan dengan menentang pasukan Brunei (10 Disember), Laos (13 Disember), Singapura (15 Disember) dan menutup aksi Kumpulan A dengan menentang Vietnam (17 Disember). Mampukah anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee menjelmakan aksi menarik dalam mempertahankan ibu segala pingat emas ini buat kali ketiga-tiga berturut-turut. Bual Sukan berpandangan, pasukan negara mampu menjelmakan aksi terbaik seterusnya merangkul pingat emas.

Berikut adalah senarai 20 pemain yang bakal menggalas cabaran pasukan negara dalam mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar :


Penjaga Gol : 
Izham Tarmizi Roslan, Mohd Farhan Abu Bakar

Pertahanan : 
Shahrul Mohd Saad, D. Kenny Pallraj, Fadhli Shas, K.Reuben, Mohd. Zubir Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Wan Ahmad Amirzafran, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham

Tengah : 
Irfan Fazail (Ketua Pasukan), Mohd. Nazmi Faiz Mansor, Ashri Chucu, S.Sivanesan, D. Saarvindran, Nasir Basharuddin   

Penyerang : 
A. Thamil Arasu, Rozaimi Abd Rahman, Ahmad Hazwan Bakri, Izzaq Faris Ramlan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa