Nuffnang Ads

Ahad, 12 Januari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2014 Pasukan Selangor

Pasukan Selangor atau The Red Giant merupakan antara pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan Liga Super 2014 apabila membuat rombakan besara-besaran pasukan. Dengan ramai pemain utama mereka berhijrah ke pasukan lain, Ketua Jurulatih yang juga bekas pemain pertahanan kental Selangor satu ketika dulu, Mehmet Durakovic pastinya mempunyai perancangan taktikal dan strategi bagi menjadikan pasukan Selangor antara pasukan yang digeruni dalam Liga Malaysia 2014 akan datang.

Musim ini pasukan Selangor menandatangni pemain-pemain import dan tempatan terbaik antaranya ialah Paolo Rangel & Juninho (Brazil), Andik Vermansyah (Indonesia), Steve Pandelitis (Australia), Mohd. Farizal Marlias, Abdul Hadi Yahya, Rizal Fahmi Rosid, bekas pemain Harimau Muda A, Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri serta pemain-pemain lain bagi memantapkan pasukan menghadapi musim mencabar 2014. Selain itu, beberapa pemain dikekalkan antaranya Bunyamin Omar, Raimi Md. Nor, S.Kunalan, K.Gurusamy serta pemain-pemain lain bagi membentuk gandingan yang mantap.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Selangor merupakan pencabar utama kejuaraan Liga Super 2014 dan tidak mustahil mereka mampu muncul juara Liga Super 2014. Namun begitu, cabaran pencabar lain juga tidak boleh dipandang mudah oleh Selangor. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Super 2014 melibatkan pasukan Selangor :

Pusingan Pertama
18 Januari : T-Team (GS) 
25 Januari : Singapore Lions XII (GL) 
28 Januari :  Pahang (GS) 
8 Februari : Sime Darby FC (GL) 
15 Februari : Johor Darul Takzim (GL) 
8 Mac : Terengganu (GS) 
15 Mac : ATM FA (GL) 
22 Mac : Kelantan (GS)
25 Mac : Sarawak (GL)
29 Mac : PKNS FC (GS)
5 April : Perak (GL)

Pusingan Kedua
12 April : Perak (GS)
15 April : T-Team (GL)
19 April : Singapore Lions XII (GS)
10 Mei : Pahang (GL) 
17 Mei : Sime Darby FC (GS)
24 Mei : Johor Darul Takzim (GS)
10 Jun : Terengganu (GL) 
14 Jun : ATM FA (GS)
17 Jun : Kelantan (GL)
21 Jun : Sarawak (GS)
25 Jun : PKNS FC (GL)

* Jadual Tertakluk kepada pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa