Nuffnang Ads

Rabu, 15 Januari 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2014 Pasukan Perak

Pasukan Perak atau nama gelarannya The Bos Gaurus merupakan antara pasukan yang harus diberi perhatian kerana tidak mustahil pasukan Perak mampu melakar kejutan dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Walaupun pasukan Perak kehilangan ramai pemain-pemain bintang musim lalu, kemampuan pasukan Perak tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan lain. Di bawah kendalian Ketua Jurulatih tempatan iaitu bekas pemain Perak, Abu Bakar Fadzim, pasukan The Bos Gaurus pastinya menampilkan persembahan terpuji dengan corak strategi dan taktikal serba mantap.

Bakal diperkuatkan dengan 4 pemain import berkualiti iaitu pemain pertahanan antarabangsa Burkina Faso Martin Kafando, Ketua Pasukan bawah 23 tahun Myanmar Kyaw Zayar Win, bekas pemain terbaik dan penjaring terbanyak Liga Croatia Zelimir Terkes dari Bosnia serta penyerang dari Brazil Eliel de Cruz serta barisan pemain-pemain tempatan seperti Ketua Pasukan, Hardi Jaafar, Nasir Basharuddin, Nor Hazrul Mohd. Mustapha, Hisyamuddin Syaari serta pemain-pemain tempatan yang lain tidak mustahil pasukan Perak mampu melakukan kejutan dalam Liga Super 2014.

Pada pandangan Bual Sukan, saingan pasukan Perak pastinya hebat kerana adunan pemain tempatan dan pemain import terbaik mampu membentuk gandingan mantap pasukan The Bos Gaurus bagi musim Liga Malaysia 2014. Berikut adalah jadual perlawanan pasukan Perak bagi musim Liga Super 2014 akan datang :

Pusingan Pertama
18 Januari : Johor Darul Takzim FC (GL) 
25 Januari : Terengganu (GS)
28 Januari : ATM FA (GL)
8 Februari : Kelantan (GS)
15 Februari : Sarawak (GL)
8 Mac : PKNS FC (GS) 
15 Mac : Sime Darby FC (GS) 
22 Mac : T-Team (GL)
25 Mac : Singapore Lions XII (GS)
29 Mac : Pahang (GL)
5 April : Selangor (GS)

Pusingan Kedua
12 April : Selangor (GL) 
15 April : Johor Darul Takzim FC (GS)
19 April : Terengganu (GL)
10 Mei : ATM FA (GS)
17 Mei : Kelantan (GL)
24 Mei : Sarawak (GS)
10 Jun : PKNS FC (GL)
14 Jun : Sime Darby FC (GL) 
17 Jun : T-Team (GS)
21 Jun : Singapore Lions XII (GL)
25 Jun : Pahang (GS)

* Jadual Tertakluk kepada pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa